Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, August 17, 2012

Rezeki untuk Aidilfitri berakhir dengan dibaham buaya

AZWAN menunjukkan lokasi bapanya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau pada Rabu lalu dan sehingga sekarang nasibnya belum diketahui.
AZWAN menunjukkan lokasi bapanya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau pada Rabu lalu dan sehingga sekarang nasibnya belum diketahui.
TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu disaksikan anak mangsa, Azwan Jailani, 16, yang berdiri hanya beberapa meter daripada ayahnya, Jailani Indersaya, 54.

Cerita Azwan, sebelum kejadian, dia sedang memancing di tepi sungai manakala ayahnya pula memukat udang.

“Tiba-tiba saya nampak seekor buaya warna hitam menerkam ke arah ayah sebelum menarik ayah masuk ke dalam sungai. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut Azwan, selepas kelibat ayahnya hilang, dia cuba mengejar jejak buaya itu dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai.

“Saya takut dan sedih tapi saya cuba cari juga buaya tersebut tetapi tidak menemui ayah,” kata remaja itu.

Paling menyedihkan, Azman memberitahu, kejadian menimpa ayah berlaku hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Buaya yang sambar ayah sangat besar dan reptilia itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk membawa ayah ke dalam sungai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, gerakan mencari dilancarkan bagi mengesan mangsa yang hilang.

Bagaimanapun, menurut beliau, sehingga petang semalam pasukan mencari dengan bantuan orang kampung belum menemui mangsa.

Kata beliau, selain Sungai Udin, kes manusia disambar buaya pernah berlaku di Sungai Kalumpang dan Sungai Serudong.

sumber- Kosmo

Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan

ORANG ramai menyaksikan persembahan Choudhary di sebatang jalan raya di Kathmandu kelmarin.
ORANG ramai menyaksikan persembahan Choudhary di sebatang jalan raya di Kathmandu kelmarin.
KATHMANDU, Nepal - Seorang budak lelaki, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan di sini.

Dia datang dari India lima tahun lalu.

Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas. 

sumber- Reuters

Misteri kapal berhantu Flying Dutchman

Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut dan yang sebenarnya kapal paling berhantu ini bukanlah sebuah cerita dongeng kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.

Misteri kapal berhantu Flying Dutchman

The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal paling berhantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora. Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya. Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat, mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun. Kapal ini akan menggangu mana-mana kapal dagang atau persiaran yang lalu berhampiran dengannya.

Mengikut fakta, The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg. Beliau telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Kononnya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi mayat hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya.

Sehingga kini kapal berhantu The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak kapal berhantu tersebut daripada melanggar dan mengganggu mereka. Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan ladam kuda di kapal mereka sebagai perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.

Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal berhantu ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah-olah ingin melanggar batu karang. Kemunculan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh krew kapal  tentera laut M.H.S Jubilee berdekatan Cape Town pada Ogos 1942.

Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus, waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.

Dibawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai kemunculan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :

1823 : Kapten Oweb, HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal berhantu The Flying Dutchman

1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman yang telah muncul secara tiba-tiba. Beberapa orang kelasinya dirasuk. Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.

1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka. Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 : Anak kapal SS Pretoria terlihat kapal berhantu tersebut, namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal itu.

1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu tersebut di sebuah perairan.

1939 : Beberapa orang pengunjung pesisir pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang secara tiba-tiba.

1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.

1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang. Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

Inilah antara cebisan kisah kemunculan dan kejadian aneh yang pernah direkodkan dan sehingga kini  terdapat banyak lagi peristiwa misteri berkaitan dengan kapal Flying Dutcman.

sumber- redzuan-ridz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...