Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, August 21, 2012

Wajah terbaharu pembunuh John Lennon

GAMBAR terbaharu Jabatan Pemulihan New York yang menunjukkan wajah Chapman.
GAMBAR terbaharu Jabatan Pemulihan New York yang menunjukkan wajah Chapman.
NEW YORK - Pembunuh penyanyi legenda Britain yang juga bekas anggota kumpulan The Beatles, John Lennon kelihatan kurus berbanding ketika dia mula dipenjarakan, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Gambar terbaharu yang didedahkan Jabatan Pemulihan Negeri New York pada 19 Ogos lalu menunjukkan perubahan muka pada wajah pembunuh itu, Mark David Chapman.

Pada 9 Disember 1980, sehari selepas Chapman membunuh Lennon, muka dan tubuhnya kelihatan gempal.

Namun, selepas 32 tahun pembunuhan itu berlaku, pembunuh tersebut kini seberat 86.83 kilogram (kg) berkurangan sebanyak 15.87kg semasa dia dalam penjara pada tahun 1995.

Lennon yang berusia 40 tahun mati ditembak Chapman dengan menggunakan sepucuk pistol pada 8 Disember 1980 di sebelah isterinya, Yoko Ono di depan bangunan apartmen mereka.

Ketika kejadian, pasangan itu berjalan menuju ke apartmen Dakota di sini.

Chapman, 57, yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hawaii dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Lennon.

Ketika kejadian, dia berusia 25 tahun dan mentalnya didapati tidak stabil.

Bagaimanapun, Chapman yang mempunyai isteri ketika kejadian itu berlaku mengaku menembak mati Lennon.

Dia kini ditahan di penjara Wende yang dikawal ketat di Alden, New York.

Lennon ditembak sebanyak empat kali dari arah belakang, selepas dia menandatangani kulit album terbaharunya, Double Fantasy, milik pembunuh itu.

Chapman menghabiskan banyak masanya dengan menonton televisyen yang dibelinya dan membaca buku di dalam bilik penjaranya.

Dia dibenarkan mandi tiga kali seminggu.

Sebelum ini dia mengaku membunuh Lennon kerana mahu menjadi seseorang yang penting di dunia.

Lennon menjadi sasarannya kerana dia mudah didekati.

Menurutnya, antara selebriti lain yang menjadi sasaran pembunuhannya ialah pengacara televisyen Johnny Carson dan aktres Elizabeth Taylor.

Sementara itu, menurut beberapa pegawai penjara, permohonan Chapman untuk dibebaskan menerusi parol akan didengar pada hari ini.

Ia merupakan permintaan parolnya yang ketujuh.

Permintaannya untuk mendapatkan parol itu pernah ditolak pada tahun 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010 oleh lembaga parol.

Parol merupakan pembebasan bersyarat dengan si pesalah berjanji tidak akan melakukan jenayah lagi selepas 20 tahun dipenjara. 

sumber- Agensi

Adegan cemas di atas bumbung

BADAN Fi ditarik semula ke atas bumbung bangunan.
BADAN Fi ditarik semula ke atas bumbung bangunan.
ZHANJIANG - Seorang wanita yang membunuh anak saudaranya diselamatkan oleh beberapa saudara, rakannya dan anggota penyelamat selepas dia mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan di wilayah Guangdong, China pada 14 Ogos lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Wanita itu, Sheng Fi mengancam untuk terjun selepas dia mencampakkan seorang anak saudara lelakinya yang berusia empat tahun dari bangunan setinggi sembilan tingkat itu.

Fi melakukan perbuatan tersebut selepas dia bertengkar dengan ibu anak saudaranya itu.

Bagaimanapun, beberapa rakan, saudara dan anggota penyelamat sempat menarik kaki wanita tersebut bagi mengelaknya terjatuh.

"Dia mengaku mencampakkan anak saudara lelakinya dari bumbung yang sama.

"Wanita itu akan mati tetapi dia akan ditembak skuad penembak kerana melakukan pembunuhan," kata seorang jurucakap polis kepada media tempatan. 

sumber- Agensi

Siapa Natalia Partyka?

Natalia Partyka adalah salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan pingpong sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini dan beliau telah mewakili negara Polish. Menariknya, beliau dilahirkan tanpa tangan dan lengan kanan tetapi mengambil bahagian untuk perlawanan pingpong atlet yang cukup fizikal. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1989. Sebelum ini, beliau dikatakan telah menjuarai banyak pingat emas untuk kejohanan sukan Paralimpik. Kesungguhan Natalia meletakkan beliau di tempat ke-32 terakhir untuk perlawanan pingpong secara individu di Olimpik London.

Siapa Natalia Partyka?
Siapa Natalia Partyka?
Siapa Natalia Partyka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...