Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, September 3, 2012

Kepingan keju berusia 40 tahun dijual di Milwaukee

KEJU yang berusia 40 tahun.
KEJU yang berusia 40 tahun.
MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Seketul keju cheddar yang berusia 40 tahun dijual sebanyak AS$10 (RM31.13) untuk setiap 28.34 gram (g), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keju itu ditemui seorang peniaga keju di sini, Edward Zahn yang berusia 73 tahun.

Dia menemui keju tersebut di dalam sebuah kotak kayu di dalam kedainya.

Zahn kemudian menjual keju tersebut kepada seorang lagi peniaga keju, Ken McNulty di sini.

Dia enggan mendedahkan harga jualan itu.

Bagaimanapun, McNulty kemudian membuat tawaran kepada orang ramai bahawa dia menjual keju tersebut pada harga AS$10 untuk setiap 28.34g. 

sumber- Agensi

Psy dedah kisah tarian kuda

Psy dedah kisah tarian kuda
GAMBAR fail menunjukkan salah satu tarian kuda yang dilakukan oleh Psy. - REUTERS
SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam.

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

"Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: "Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?"

Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.

Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu. 

sumber- Agensi

Sami Buddha tuntut etnik Rohingya dihantar ke negara lain

Sami Buddha tuntut etnik Rohingya dihantar ke negara lain
SEJUMLAH sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar semalam.
YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.

Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima mereka. Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar. Keganasan yang berlaku pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...