Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, September 4, 2012

Cucu pencipta Red Bull disyaki langgar polis

VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam.
VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam.
BANGKOK - Seorang cucu pencipta minuman bertenaga Red Bull disyaki memandu sebuah kereta Ferrari yang melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini sebelum dia melarikan diri.

Polis menahan cucu pencipta Red Bull itu, Vorayuth Yoovidhya untuk disoal siasat semalam.

Dia ditahan selepas terdapat titisan minyak kereta tersebut yang bocor dilihat berada di atas jalan menuju ke kediaman datuknya, Chaleo Yoovidhaya di kawasan perumahan mewah.

Seorang pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral Comronwit Toopgrajank menyatakan dia mengambil alih siasatan selepas seorang pegawai polis berpangkat rendah cuba untuk menyembunyikan jenayah tersebut dengan menampilkan seorang suspek palsu.

Comronwit sendiri mengetuai satu pasukan pegawai polis untuk mencari kereta tersebut di pekarangan rumah datuknya itu.

Pasukan pegawai polis itu kemudian merampas sebuah kereta Ferrari berwarna kelabu gelap dengan bampar depan kenderaan tersebut kemik.

Anggota polis yang terbunuh itu ialah Sarjan Mejar Wichean Glanprasert, 47.

Wichean terbunuh semasa dia melakukan rondaan bermotosikal menjelang subuh.

Media Thailand melaporkan kereta tersebut mengheret Wichean sejauh beberapa meter ketika Ferrari tersebut bergerak laju ke kawasan perumahan itu.

SEORANG anggota polis memeriksa kereta Ferrari yang cermin kereta itu retak di garaj rumah mendiang datuk Vorayuth di Bangkok semalam.
SEORANG anggota polis memeriksa kereta Ferrari yang cermin kereta itu retak di garaj rumah mendiang datuk Vorayuth di Bangkok semalam.
Comronwit berkata, dia menggantung pegawai polis yang cuba untuk menyembunyikan identiti pelanggar Wichean dengan melakukan penipuan dalam siasatan.

"Seorang anggota polis telah mati. Saya tidak boleh membiarkan ia terjadi. Jika saya membiarkan kes itu diteruskan (kes menampilkan suspek palsu), saya lebih rela berhenti (kerja).

"Saya tidak kisah betapa berpengaruhnya mereka (keluarga pencipta Red Bull).

"Jika saya tidak dapat lelaki yang sebenar (pelaku jenayah itu), saya akan meletakkan jawatan," kata Comronwit.

Vorayuth berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai dan melarikan diri daripada ditangkap polis.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat ja-min sebanyak AS$15,900 (RM78,511).

Vorayuth mengaku dia memandu kereta sport berwarna kelabu itu tetapi menyatakan anggota polis tersebut mencelah di hadapan kenderaannya dengan tiba-tiba, kata seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Anuchai Lekbamroong.

Keluarga Chaleo disenaraikan sebagai yang keempat terkaya di Thailand pada tahun ini oleh majalah Forbes dengan kekayaan bernilai AS$4.5 bilion (RM22.22 bilion).

Chaleo meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 80-an.

Dia meninggalkan pewarisnya saham dalam syarikat minuman Red Bull, perniagaan, hospital dan hartanah.

Keluarga itu turut memiliki secara bersama sebuah syarikat yang menjadi pengimport tunggal kereta Ferrari di Thailand.

sumber- AP

Kreatifkan lukisan orang lidi anda

Mungkin ramai diantara kita berminat untuk melukis namun hanya tahu untuk melukis orang lidi. Semua ini bukanlah menjadi masalah besar, yang penting seseorang itu harus mempunyai daya kreativiti yang menarik. Sebuah laman web iaitu www.drawastickman.com bukan sahaja membuatkan lukisan orang lidi anda menjadi kreatif, malah turut menganimasikannya menjadi jalan cerita yang lucu. Perisian secara online ini adalah untuk hiburan dan terlalu mencuit hati walaupun apa yang dilukis hanyalah orang lidi. Konsepnya seakan-akan animasi 'Dora Explorer' dimana anda harus melakukan sesuatu perkara supaya jalan cerita boleh diteruskan. Usah malu jika anda tidak pandai melukis kerana pelukis terkenal juga bermula dengan lukisan orang lidi malahan orang lidi juga turut popular dijadikan simbol contohnya simbol tandas yang membezakan lelaki dengan perempuan. 

Anda boleh mencubanya sendiri di laman web yang dinyatakan di atas.

Kerat alat sulit teman lelaki

Kerat alat sulit teman lelaki

PERU: Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.

Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Munoz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Kerat alat sulit teman lelaki

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.

Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...