Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, October 21, 2012

Tragedi maut selepas bertengkar

JEMPOL - Pertengkaran mulut antara dua sahabat baik di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat ditusuk besi pengangkat buah sawit di ladang Felda Bukit Rokan Utara, Rompin sekitar jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, suspek berumur 40 tahun yang juga pekerja ladang bersama mangsa, Mohfiz Ali, 39, dan dua lagi pekerja lain mengangkat tandan kelapa sawit untuk dimasukkan ke dalam lori.

Tragedi maut selepas bertengkar
Kawasan ladang yang menjadi tempat pentengkaran dua sahabat baik itu. Gambar kecil: Mangsa parah di bahagian muka.
Menurutnya, namun ketika mangsa sedang leka mengangkat tandan kelapa sawit, tiba-tiba ianya terjatuh lalu mengenai suspek yang berada di sebelahnya.

“Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara mereka apabila suspek berang dengan insiden itu.

“Dua lagi rakan sekerjanya bertindak melarikan diri apabila menyedari perkara itu sebelum memaklumkannya kepada majikan mereka,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, kemudian suspek bertindak memukul mangsa sebelum mengambil besi pengangkat sawit dan menusuk muka rakannya itu.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan menceritakan hal berkenaan kepada rakan majikannya.

"Kemudian rakan majikannya itu membawa suspek ke Pondok Polis Felda Bukit Rokan Utara untuk serah diri," katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan.

Sinar Harian difahamkan, dua rakan baik terbabit sudah berada di negara ini hampir enam tahun. Namun baru tiga tahun bekerja dekat ladang berkenaan.

Mangsa juga dipercayai akan pulang ke kampungnya, Jessore, Bangladesh hujung Disember ini atau Januari depan untuk berjumpa keluarganya.

sumber- Sinar

Ugut rogol, bunuh dua cucu

SERI KEMBANGAN – “Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.

Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.

Ugut rogol, bunuh dua cucu
Suresh (kiri) menunjukkan kepada Hian Wah almari baju miliknya yang diselongkar suspek.
Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.

Katanya, apabila memberitahu dia tidak tahu di mana peti besi itu, seorang suspek bertindak memijaknya dan menjadikan tubuh badannya seperti tangga untuk menyelongkar almari baju.

“Saya beritahu tidak tahu, tetapi penyamun itu ugut hendak bunuh saya , malah dia juga ugut hendak rogol cucu serta anak saudara. Tidak cukup dengan itu mereka dengan kasar mengugut hendak mencincang jari cucu lelaki saya yang berusia tujuh tahun.

“Dalam keadaan antara ingat dengan tidak, saya akhirnya terpaksa memberitahu nombor peti besi keselamatan yang ditemui mereka,” katanya ketika menceritakan detik hitam itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mengunjungi rumahnya, semalam.

Seorang lagi penghuni rumah, A Suresh Naidu, 23 berkata, dia yang terjaga dari tidur terkejut melihat kelibat tiga lelaki tidak dikenali bersama beberapa bilah parang di dalam biliknya.

Katanya, kedua-dua suspek menghentak kepalanya dengan hulu parang, mengikat tangan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon serta menutup mulut dan matanya menggunakan baju .

Menurutnya, suspek mengarahkan dia diam dan membawanya ke tingkat atas menuju ke bilik tidur ibunya. Ketika itu ibunya sedang tidur bersama dua cucu dan seorang saudara perempuannya.

“Dua lelaki yang membawa pedang samurai mengangkat dan mencampakkan saya ke atas katil.

“Suspek kemudian terus mencekik, memijak dan memukul emak saya tanpa belas kasihan. Mereka juga mengikat tangan dan kaki emak saya serta mengarahkannya supaya diam,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas memperoleh apa dihajati.

Suresh berkata, suspek yang beberapa kali mengugut menembak ibunya itu melarikan sebuah kereta Toyota Vios, dua komputer riba, televisyen LCD, pemain video, barang kemas, dokumen penting dan sejumlah wang tunai .

Katanya, kerugian dialami keluarga itu  dianggarkan hampir RM150,000.

sumber- Sinar

Pemandu sengaja langgar orang ramai ditahan

kes langgar lari

LONDON: Beberapa kejadian langgar lari di bandar Cardiff kelmarin, menyebabkan seorang wanita maut dan 11 pejalan kaki termasuk tujuh kanak-kanak cedera.

Saksi berkata, pemandu sengaja melanggar ibu bapa yang membawa anak mereka pulang dari sekolah. 

Polis South Wales berkata, seorang wanita berusia 32 tahun maut dan mangsa yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan. 

Seorang lelaki yang tidak dikenali berusia 31 tahun ditahan, dan sebuah van dirampas. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lima kejadian langgar lari berasingan berlaku di sekitar bandar, dilaporkan.

Pengusaha sebuah kedai, Ramesh Patel berkata, “Sebuah van warna putih sengaja dipandu ke arah orang ramai.”

Kejadian itu berlaku ketika ibu bapa datang mengambil anak mereka di sekolah. 

sumber- AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...