Thursday, December 27, 2012

Video: Restoran guna semula cili yang telah dibuang

Satu pembongkaran telah dilakukan dimana sebuah restoran di China menggunakan semula cili dari sisa makanan yang telah dibuang.

Bagi penghasilan hidangan pedas istimewa cara Sichuan, kebiasaannya ia memerlukan lebih dari 10 biji cili kering. Restoran ini melakukan langkah penjimatan dengan mengguna semula cili dari sisa makanan pelanggan. Cili-cili yang telah diasingkan dari sisa makanan akan dimasukkan semula ke dalam hidangan seterusnya. Perbuatan ini tidak ubah seperti menjamu pelanggan dengan hidangan sampah.

guna semula cili yang telah dibuang

Video ini pula dikatakan diambil sendiri oleh salah seorang pekerja di restoran tersebut. Dia pernah bekerja di beberapa restoran sebelum ini namun belum pernah menjumpai perkara sebegini. "Ianya amat menjijikkan, Saya membuat video ini untuk memberi amaran kepada orang ramai bagi memastikan sisa makanan mereka terus dibuang. Jangan biarkan pihak restoran mengambil kesempatan."

5 comments:

  1. pergh....kotor dan menjijikkan...

    ReplyDelete
  2. Janganlah ada restaurant kat Malaysia ni buat macam ni..

    ReplyDelete
  3. Euwww, menjijikkan. Boleh sakit sape makan!

    -> ❤ TechKini.com

    ReplyDelete
  4. khabar dari China ni mesti yang pelik2 je kan. Apa la masalah diorang ni

    ReplyDelete
  5. dah nama china, asal barang jd duit dokkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...