Thursday, December 27, 2012

Parking kereta di tempat meletak troli

Parking kereta di tempat meletak troli

LONDON: Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda.

Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong. Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.

Walaupun sepatutnya didenda £75 (RM371), kakitangan Asda di Nuneaton, Warwickshire, memaafkan Jim selepas mendapati kesalahan itu sangat lucu. Jim berkata, dia ke pasar raya itu hanya untuk membeli minuman keras.

“Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong,” katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.

“Ketika mahu pulang, ramai orang, termasuk pengurus pasar raya, mengerumuni kereta saya,” katanya. 

sumber- TS

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...