Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 18, 2012

Perkataan dari bulu kaki

Seorang pelajar dari Universiti Tama Art, Jepun telah mencipta tulisan dari bulu kaki. Idea tersebut tercetus setelah diminta oleh pensyarahnya untuk mencipta mukataip baru tanpa bantuan komputer.

bulu kaki

Mencipta abjad tanpa menggunakan peralatan digital mungkin kelihatan agak mustahil pada hari ini, namun Mayuko Kanazawa, 20 tidak mudah mengalah dan mula memerah otak selepas mendengar cabaran tersebut. Dia kemudiannya teringat tentang cukuran kepala yang mempunyai abjad dan juga perkataan. Dari situlah dia merasakan bahawa dia harus menjadikan rambut atau bulu sebagai subjek. Tetapi idea gilanya mula tercetus selepas seorang rakannya mengadu sakit kaki. Secara tidak sengaja ianya dijadikan inspirasi yang dia perlukan.

tulisan bulu kaki

Idea perkataan dari bulu kaki ini mungkin dianggap terlalu pelik dan menggelikan bagi sesetengah pihak tetapi percaya atau tidak, ianya telah digunakan untuk iklan adidas.

iklan adidas
iklan kreatif

50 maut kereta api langgar bas sekolah

Kaherah: Seramai 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut apabila sebuah kereta api merempuh bas sekolah yang melintas landasan di sebuah bandar selatan ibu kota ini semalam. 

Semua kecuali dua penumpang yang maut adalah kanak-kanak, berusia antara empat hingga lapan tahun, kata pegawai keselamatan kanan di Assiut. 
Seorang wanita dan pemandu bas juga maut, beliau menambah. Bas itu putus dua akibat hentaman kuat kereta api. 

kereta api langgar bas

Kesan darah kelihatan di bahagian depan enjin kereta api. Beg sekolah dan buku teks yang ada kesan darah bertaburan. 

Saksi berkata, penghadang di lintasan itu terbuka apabila kereta api terbabit melanggar bas berkenaan. 

Gabenor Assiut, Yahya Keshk memberitahu televisyen: Pekerja lintasan sedang tidur. Dia kini ditahan untuk siasatan. 

Ia menyebabkan Menteri Pengangkutan, Mohamed Rashad dan ketua pihak berkuasa kereta api meletak jawatan. Presiden Mohamed Mursi pula berkata, pihak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan. 

Media tempatan melaporkan, selain 50 yang maut, 15 atau lebih mangsa cedera. Sumber perubatan berkata, 28 orang cedera, 27 adalah kanak-kanak. 

Mangsa beritahu kami, penghadang terbuka apabila bas melintasi landasan dan kereta api melanggarnya, kata Mohamed Samir, doktor di hospital Assiut. 

Doktor berkata, mayat mangsa yang terbunuh hancur, menggambarkan betapa kuatnya impak kemalangan, yang berlaku di bandar Manfalut, berhampiran Assiut, 300 kilometer selatan ibu kota ini. 

Saya melihat tren merempuh bas dan menolaknya satu kilometer di sepanjang landasan, kata Ahmed Youssef. 

Pihak berkuasa berkata, tahap kemusnahan dan mayat hancur menjadikannya sukar mengira dan mengenal pasti mangsa. 

sumber- REUTERS 

Bapa sembelih bayi 11 bulan

KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.

Bapa sembelih bayi 11 bulan
KEADAAN bilik tempat Nur Amirah mati disembelih yang berlumuran darah di Felda Panching Selatan, Kuantan semalam.
Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.

“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.

“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.

“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...