Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, November 26, 2012

90 kali bedah untuk tampan

NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Justin Jedlica
BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. 

sumber- DM

100,000 dijangka serbu tayangan filem Hobbit

WELLINGTON, New Zealand - Kira-kira 100,000 orang dijangka berada di jalan raya dekat sebuah pawagam di sini yang menayangkan filem epik The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Peter Jackson pada Rabu ini.

The Hobbit: An Unexpected Journey
PELAKON Ian McKellen melakonkan watak Gandalf dalam filem arahan terbaharu Jackson itu.
Demam filem tersebut di New Zealand direalisasikan dengan ukiran gergasi watak-watak dalam filem itu antaranya ialah ahli sihir Gandalf di atas bangunan pawagam Embassy.

Epik itu mengisahkan watak Bilbo Baggins yang dilakonkan Martin Freeman untuk mencari kerajaan Erebor.

Filem tersebut akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan depan.

Sebelum ini Jackson yang berasal dari New Zealand pernah mengarahkan filem The Lord of the Rings.

Akhbar The National Business Review menganggarkan kekayaan peribadi Jackson sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion).

sumber- Agensi

Ratusan ribu penduduk berebut 20,000 jawatan sektor awam

BEIJING - Ratusan ribu penduduk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam di sejumlah sekolah dan universiti bagi mengisi kekosongan jawatan pentadbiran pemerintah China semalam.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1.5 juta rakyat China yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut.

jawatan sektor awam
SEBAHAGIAN orang keluar dari dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Beijing semalam.
Bilangan itu menunjukkan peningkatan 30 kali ganda berbanding sedekad yang lalu bagi mengisi hanya 20,000 kekosongan jawatan di sektor awam.

Peningkatan yang mendadak itu didorong oleh persepsi bahawa bekerja di sektor awam menawarkan jaminan pekerjaan.

Kebanyakan calon yang menduduki peperiksaan tersebut terdiri daripada pelajar universiti yang merupakan sebahagian daripada tujuh juta lulusan baharu yang akan memasuki pasaran kerja China pada tahun ini.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liu, 31, memberitahu bahawa beliau berharap dapat bekerja di dalam sektor awam kerana faedah yang lebih baik dan tidak perlu risau mengenai pencen dan insurans kesihatan.

Calon-calon yang lulus peperiksaan tersebut perlu menjalani proses temu duga sebelum dilantik bekerja dalam sektor awam. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...