Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, November 26, 2012

10 kediaman menarik dari kenderaan

Ramai yang menghasilkan rumah dengan cara kreatif bagi menjadikan ia sebagai daya tarikan atau untuk kepuasan diri sendiri. Kenderaan lama dan buruk mungkin sudah tidak mampu untuk beroperasi. Namun, apa salahnya jika ia diubahsuai menjadi sesuatu yang berguna? Sebagai contoh, kenderaan tersebut boleh diubahsuai menjadi rumah.

Kabin kayu dari bas sekolah

Kabin kayu dari bas sekolah

Bas ini pernah digunakan untuk menghantar dan mengambil kanak-kanak di Sekolah. Kini, ianya telah berhenti operasi dan diubah suai menjadi kabin kayu yang lengkap dengan kemudahan dapur dan bilik air

Rumah kereta 1925

Rumah kereta 1925

Dianggap sebagai salah satu 'Rumah Motor' pertama di dunia. Ianya dinamakan 1925 Chevy House Car.

Rumah gerabak kereta api

Rumah gerabak kereta api

Walaupun dari luar ianya kelihatan seperti gerabak kereta api biasa, namun hiasan dalamannya amat mengagumkan dan bercirikan rumah moden.

Rumah bas matahari

Rumah bas matahari

Lengkap dengan dek matahari serta dapur kayu. Rumah ini dihasilkan oleh Dave Weaver bersama rakannya dari Washington dengan menggabungkan bas sekolah lama dan juga bas Volkswagon lama.

Rumah dalam Jet

Rumah dalam Jet

JoAnn Ussery, seorang pereka rambut dari Mississippi telah kehilangan rumahnya pada tahun 1994 selepas berlakunya ribut taufan. Dia telah membeli Continental Airlines 727 dengan harga $2,000 bagi menggantikan kediamannya yang telah musnah. Segala hiasan dalaman disusun dengan kemas bagi menjadikannya sebuah rumah.

Apartment lori sampah

Apartment lori sampah

Jika dilihat dari gambar ini, ramai yang tidak tidak akan percaya bahawa apartment tersebut berada dalam lori sampah yang biasa.

Rumah ambulans

Rumah ambulans

Gambar ini diambil dalam sebuah ambulans yang telah diubahsuai menjadi rumah.

Rumah keluarga dari bas

Rumah keluarga dari bas

Rumah keluarga ini pada asalnya bas sekolah 1994 Blue Bird yang boleh memuatkan 72 penumpang.

Rumah dalam van

Rumah dalam van

Steve, digelar 'Lelaki Van'. Dia mempunyai laman web penuh mengenai pengubahsuaian van atau bas menjadi tempat tinggal.

Hotel Teksi

Hotel Teksi

Ketika berlangsungnya Sukan Olimpik London 2012, seorang pengusaha teksi Davis Weekes menukar keretanya menjadi hotel bergerak.

Diserang ibu beruk

KUALA TERENGGANU: Angkara seekor ibu beruk yang berang kerana menyangka seorang wanita cuba merempuhnya dengan motosikal, haiwan berkenaan naik angin dengan menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di muka selepas motosikalnya terbabas ketika cuba mengelak terkaman beruk berkenaan.

Diserang ibu beruk
PARAH...Tarmizi menunjukkan luka Mahana yang menerima empat jahitan di bibir dan bengkak seluruh muka.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Mahana Latif, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan, di sini, ke Kampung Gemuroh, untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya.

Namun lima minit selepas keluar dari rumahnya, muncul beruk sambil menggendong anaknya melintas jalan secara tiba-tiba sebelum menerkamnya menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terjunam ke longkang sedalam dua meter.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.

Suri rumah itu berkata, dia tidak mengingati sepenuhnya kejadian itu kerana pengsan ketika terjatuh ke dalam longkang sebelum dibantu penduduk yang kebetulan melalui di jalan berkenaan.

sumber- HMetro

Penjenayah serah diri lepas bergambar dengan Apek

Saiful Apek

BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Saiful Apek
EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...