Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 18, 2012

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.

Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.

GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna.
GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.

Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.

Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.

Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. 

sumber- AFP

Pertandingan cari duta lelaki keturunan Sikh

AMRITSAR, India - Seramai 26 lelaki menyertai pertandingan bagi mencari duta kebudayaan kaum Sikh yang diadakan di sini kelmarin.

lelaki Sikh
DUA peserta memakai pakaian pengantin lelaki sambil memegang pedang.
Seramai 26 peserta akhir bertanding pada pertandingan peringkat antarabangsa itu termasuk Tejinder Singh dari Jammu yang kemudian dinobatkan sebagai pemenang.

Pertandingan itu diadakan sejak 2005 bagi mempromosikan kebudayaan dan tradisi Sikh.

Beberapa peserta dari Britain, Kanada, Mauritius dan Australia turut bertanding pada pertandingan itu.

Para peserta itu bertanding pada pusingan fizikal, pakaian tradisional, pakaian diraja dan bakat.

Sebahagian peserta itu tidak memakai baju dengan mempamerkan dada mereka semasa pusingan fizikal berlangsung. 

sumber- Agensi

Patung gergasi bekas pemimpin komunis Korea Utara

SEOUL - Ratusan orang tunduk di depan dua patung bekas pemimpin komunis Korea Utara di Bukit Mansu, Pyongyang semalam.

Patung gergasi Kim Il-sung yang merupakan pemimpin komunis pertama negara ini berada di sebelah patung anaknya, Kim Jong-il.

Patung gergasi bekas pemimpin komunis Korea Utara
RATUSAN orang tunduk di depan patung Il-sung (kiri) dan Jong-il di Bukit Mansu, Pyongyang semalam. 
Jong-il yang merupakan pemimpin kedua komunis Korea Utara meninggal dunia pada 17 Disember 2011 kerana sakit jantung.

Beliau kemudian digantikan oleh Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, isteri Jong-un muncul dalam siaran televisyen negara berkenaan semalam dengan kelihatan sedang mengandung.

Keadaan dirinya meningkatkan jangkaan bahawa dinasti keluarga Kim yang memerintah Korea Utara akan mendapat zuriat baharu.

Isteri Jong-un, Ri Sol-ju kelihatan berdiri di sini suaminya dalam upacara memperingati setahun kematian bapa Jong-il.

Pada majlis bagi memperingati kematian Jong-il, bangunan makamnya dibuka selepas kerja-kerja baik pulih dilakukan.

Mayat Jong-il yang diawet itu selepas setahun kematiannya turut dipamerkan kepada orang ramai.

Bangunan tersebut dikenali sebagai Istana Matahari Kumsusan Palace di Pyongyang.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...