Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, January 9, 2013

Polis rampas senjata disaluti emas, berlian

TEGUCIGALPA, Honduras - Pihak berkuasa merampas selaras senjata api AK-47 yang disaluti emas, batu berlian dan zamrud, kata seorang pendakwa raya kelmarin.

SEORANG anggota polis menunjukkan selaras senjata api AK-47 bersalut emas yang dihiasi batu berlian dan zamrud di Ciudad Jardin de Choloma pada Sabtu lalu.
SEORANG anggota polis menunjukkan selaras senjata api AK-47 bersalut emas yang dihiasi batu berlian dan zamrud di Ciudad Jardin de Choloma pada Sabtu lalu. 
Senjata itu merupakan antara barang yang dirampas di sebuah ladang dekat Ciudad Jardin de Choloma di utara bandar raya ini.

Menurut pendakwa raya itu, Marlen Banegas, senjata tersebut dipercayai milik kumpulan penyeludupan dadah Zetas di Mexico.

Senjata itu dianggarkan berharga AS$50,000 (RM152,114). 

sumber- AFP

Artis gagal guna nama Allah sebagai jenama

THE HAGUE, Belanda - Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin.

"Permohonan itu ditolak," menurut satu dokumen di laman web BIOP.

Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.

Teun Castelein

Castelein memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini.

"Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya.

Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.

Pihak BIOP enggan mengulas berhubung keputusan tersebut. 

sumber- AFP

Operasi menyelamat yang mengarut

London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).

Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.

bomba selamatkan tupai
ANGGOTA bomba tiba di tempat kejadian.
Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.

Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.

“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.

tupai
TUPAI yang ketakutan berlari menaiki tangga ketika diselamatkan.
“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.

Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.

Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati. 

sumber- The Sun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...