Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, January 21, 2013

Video: Meriam popcorn di China

Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai Popcorn merupakan makanan ringan paling terkenal di seluruh dunia. Penggunaan ketuhar mikro merupakan cara paling cepat dan mudah untuk menghasilkannya. Namun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bertih jagung di China ini amat luar biasa dimana ianya menggunakan perkakasan besi seakan meriam.


Jagung akan dimasukkan ke dalam perkakas besi tersebut kemudiannya terus dipanggang. Apabila sudah masak, alat tersebut akan diletakkan pada kotak khas bagi mengumpul kesemua bertih yang dihasilkan. Ketika perkakas besi tersebut dibuka, ianya menghasilkan satu letupan dan bunyi yang sangat kuat.


Cara penghasilan bertih jagung yang unik ini dikatakan bukan sahaja dilakukan di China, malah sesetengah kawasan di Korea turut menggunakan cara yang sama.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak gentar untuk mendampingi seekor buaya. Charlie Parker memberanikan diri untuk berenang bersama seekor buaya dari Utara Amerika yang diberi nama Gump lalu mengangkat dan bergelut dengannya sebelum diletakkan ke darat. Charlie merupakan renjer hidupan liar termuda di Australia dan pakar kepada haiwan reptilia. Dengan mudah, Charlie mampu mengendalikan ular dari spesis boa yang sepanjang 2.5 meter.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Ketika kanak-kanak lain dijaga dan amat dilarang dari mendekati bahaya, Charlie dibesarkan untuk bermain dan belajar mengenai cicak serta ular. Greg yang merupakan pemilik Ballarat Wildlife Park dan juga ayah kepada Charlie mengatakan Charlie merupakan generasi ketiga dari keluarganya yang memilih kerjaya sebagai penjaga haiwan. "Kami tidak menggalakkannya tetapi Charlie benar-benar sukakan haiwan reptilia. Seperti orang lain, Charlie juga mempunyai perkara yang ditakuti."

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Buaya Amerika dewasa mampu mencapai panjang sehingga 13 kaki. Malah, ada laporan  yang mengatakan seekor buaya dewasa berukuran 19 kaki telah dibunuh pada tahun 1890.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya
Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya
Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Detik cemas ahli politik diacu pistol

SOFIA - Seorang lelaki, Oktay Enimehmedov mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang ahli politik, Ahmet Dogan di Istana Budaya Kebangsaan di sini kelmarin.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Bagaimanapun, Enimehmedov hanya mengacukan sepucuk pistol gas di kepala Dogan.

Kejadian itu berlaku ketika ahli politik tersebut menyampaikan ucapan kepada anggota-anggota partinya, Pergerakan Untuk Hak dan Kebebasan.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Dogan kelihatan takut semasa lelaki berusia 25 tahun itu mengacukan pistol tersebut.

Tembakan pistol gas tersebut tidak boleh menyebabkan seseorang itu mati.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Ahli politik itu sempat menepis tangan Enimehmedov.

Pemuda tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa perwakilan parti itu dan anggota keselamatan.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Bahagian bibir pemuda berkenaan kelihatan berdarah akibat pergelutannya semasa beberapa anggota parti itu dan anggota keselamatan mahu menangkapnya.

Dogan, 58, tidak cedera dalam kejadian tersebut.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Seorang ahli psikologi di Kementerian Dalam Negeri, Nedelko Stoychev berkata, pemuda tersebut meninggalkan sepucuk surat untuk ibunya.

Pemuda berkenaan menyatakan dalam surat tersebut bahawa dia tidak berniat untuk membunuh ahli politik itu.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Menurutnya, Enimehmedov hanya mahu menunjukkan bahawa ahli politik berkenaan bukannya tidak boleh disentuh.

Pemuda berkenaan juga mempunyai rekod kesalahan dadah, rompakan dan melakukan kegiatan samseng.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Dia mungkin dihukum penjara enam tahun jika didapati bersalah melakukan perbuatan itu.

Pemuda itu menyatakan kepada polis, dia bertindak bersendirian. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...