Monday, January 21, 2013

Video: Meriam popcorn di China

Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai Popcorn merupakan makanan ringan paling terkenal di seluruh dunia. Penggunaan ketuhar mikro merupakan cara paling cepat dan mudah untuk menghasilkannya. Namun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bertih jagung di China ini amat luar biasa dimana ianya menggunakan perkakasan besi seakan meriam.


Jagung akan dimasukkan ke dalam perkakas besi tersebut kemudiannya terus dipanggang. Apabila sudah masak, alat tersebut akan diletakkan pada kotak khas bagi mengumpul kesemua bertih yang dihasilkan. Ketika perkakas besi tersebut dibuka, ianya menghasilkan satu letupan dan bunyi yang sangat kuat.


Cara penghasilan bertih jagung yang unik ini dikatakan bukan sahaja dilakukan di China, malah sesetengah kawasan di Korea turut menggunakan cara yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...