Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
LONDON - Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.
Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat.
Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.
Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu.
Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.
"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.
"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya.
Seorang lelaki British yang sedang bercuti diangkat sebagai wira setelah melakukan kerja gila dengan menangkap ekor jerung dengan menggunakan tangan kosong bagi menjauhkan ia dari kanak-kanak yang sedang bermain dikawasan cetek di pantai Australia.
Paul Marshallsea, 62, mendapat pujian dari pengawal pantai setelah bergegas dari tempat membakar babeku ke pantai bagi memastikan kanak-kanak selamat. Insiden tersebut sempat dirakamkan oleh krew televisyen yang kebetulan berada berhampiran. "Jerung tersebut datang ke kawasan yang cetek kira-kira lima hingga enam kaki dari kanak-kanak yang sedang bermain. Saya terus menangkap jerung tersebut dengan memegang ekornya."
Marshallsea yang berasal dari South Wales amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. "Ia toleh belakang dan cuba menggigit saya. Gigitannya hampir mengenai kaki saya dan ia berlaku dengan pantas." Tambahnya lagi, dia bukan sahaja ingin menyelamatkan kanak-kanak yang sedang bermain, tetapi turut ingin menyelamatkan jerung itu sendiri.
"Jerung tersebut mungkin berbahaya tetapi sebenarnya ianya haiwan yang cantik dan kita harus menghormati haiwan sebegitu. Orang ramai mungkin mengatakan ianya perbuatan yang bodoh, namun apabila kita bergelut dengan raksasa cantik yang begitu terdesak, kita seharusnya menghormati dan membantunya. Saya memegang ekor jerung tersebut dan menariknya ke air yang cukup dalam supaya ia boleh selamat."
Insiden ini telah dirakamkan oleh krew televisyen di kawasan tumpuan pelancong di Bulcock Beach yang terletak di Australia’s Sunshine Coast di Queensland.
Tippi berkawan dengan haiwan dan juga orang-orang dari puak Namibia. Antara haiwan yang menjadi temannya ialah seekor gajah Afrika berusia 28 tahun yang diberi nama Abu, harimau bintang yang dipanggil J&B, anak singa, ziarafah, dan pelbagai spesis lain termasuklah katak besar dan juga ular. "Saya tiada kawan di sini kerana saya tidak pernah melihat kanak-kanak. Jadi, haiwan-haiwan inilah yang menjadi kawan saya."