Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Friday, February 8, 2013
Propaganda Korea Utara terhadap Amerika
Gambar-gambar propaganda ini menunjukkan betapa takutnya Korea Utara terhadap negara asing terutamanya Amerika Syarikat. Pihak Amerika digambarkan melakukan kezaliman terhadap etnik Korea dengan menyeksa dan membunuh sesuka hati tidak mengira kanak-kanak mahupun wanita. Sehingga ke hari ini, kanak-kanak yang bersekolah di Korea Utara akan diasuh untuk terus membenci mereka












Ahli sihir ditelanjangkan dan dibakar
SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata ditelanjangkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.
Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.
Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.
Wanita itu mati di tempat kejadian.
Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu.
Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan.
Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan.
sumber- AFP
Subscribe to:
Comments (Atom)











