Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, February 9, 2013

Banduan telan telefon bimbit

COLOMBO - Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.

gambar x-ray
GAMBAR X-ray menunjukkan telefon bimbit (dalam bulatan) yang berada di dalam perut seorang banduan di Colombo. - AFP
Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini.

Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.

Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.

Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.

Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini. 

sumber- AFP

Kren angkut kuda, lembu

SURABAYA - Sebuah kren digunakan untuk mengangkut sejumlah ekor kuda dan lembu dari kapal kargo untuk diletakkan di atas lori di sebuah pelabuhan di sini semalam.

Ratusan ekor kuda dan lembu tiba di pelabuhan tersebut untuk dihantar ke beberapa buah bandar utama di Pulau Jawa.

kuda
kuda

sumber- Kosmo

Sotong Neon boleh terbang lebih 30 meter

Sotong Neon

TOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.

Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat.

Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...