Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, March 2, 2013

Tertangkap gambar pasangan membunuh diri

Detik terakhir pasangan kekasih membunuh diri ini telah berjaya ditangkap tanpa disengajakan. Seorang lelaki telah terjun dari sebuah jambatan yang tinggi ke dalam sungai yang sejuk. Tidak lama kemudian, teman wanitanya turut mengikuti langkah yang sama.

gambar bunuh diri

Pasangan ini dipercayai telah bersepakat untuk membunuh diri sebelum terjun dari Jambatan Wuhan yang melintasi sungai Yangtze di China. Para pengunjung yang melalui kawasan tersebut langsung tidak menyedari kejadian yang berlaku di belakang mereka dan masing-masing sibuk mengambil gambar.

gambar bunuh diri

Gambar mengejutkan teman lelaki dari pasangan tersebut sedang terjun ditangkap secara tidak sengaja oleh seorang wartawan akhbar. Pada asalnya, wartawan itu sedang menangkap gambar kabus yang menyelubungi jambatan tersebut.

gambar bunuh diri

"Pada awalnya saya tidak perasan telah tertangkap gambar lelaki yang sedang terjun untuk membunuh diri. Sejurus kemudian, barulah saya terdengar jeritan bahawa seseorang telah terjun. Saya hanya terdengar bunyi dia terjatuh ke dalam air. Tidak lama selepas itu, seorang wanita memanjat jambatan dan mengikuti langkah yang sama," kata wartawan tersebut.

gambar bunuh diri

Lelaki yang terjun tersebut dipercayai bernama Liu Han dan merupakan seorang pekerja asing berusia 20 tahun. Bapa saudara Liu memberitahu polis bahawa anak saudaranya sedang bergelut dalam masalah hidupnya.

Pihak polis tidak berjaya mengesan mangsa. Ianya amat mustahil untuk menjumpai mereka dalam keadaan masih hidup.

Hotel Panda pertama di dunia

SICHUAN - Sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka di bandar ini, di barat daya China pada minggu ini, lapor akhbar Huffington Post. Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu.

Hotel Panda pertama di dunia

Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda.

Hotel Panda pertama di dunia

Hotel tersebut merupakan hotel pertama di dunia menjadikan beruang Panda sebagai tema hiasan dalamannya.

Hotel Panda pertama di dunia

"Saya harap semua hiasan dalaman bertemakan beruang Panda ini dapat membantu orang ramai untuk kembali merasai seperti berada di alam semula jadi dan membantu mencapai kebahagiaan yang mudah dan sebenar," kata pengurus hotel tersebut. Hotel berkenaan terletak di kaki Gunung Emei.

Hotel Panda pertama di dunia

Laman web Gbtimes.com melaporkan, setiap bilik di hotel itu mengandungi arca beruang Panda. Harga bilik di hotel itu bermula dari 300 (RM182) sehingga 500 yuan (RM305) untuk penginapan selama satu malam. 

sumber- Agensi

Friday, March 1, 2013

Buang air besar dalam tong kitar semula

Seorang remaja lelaki kelihatan membuang air besar di dalam tong sampah kitar semula. Mungkin remaja tersebut masih belum jelas apakah sebenarnya barang-barang yang boleh dikitar semula. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Guangzhou, China. Gambar ini dimuat naik oleh seorang pengguna weibo dan ianya hanyalah sebahagian paparan dari sikap pengotor masyarakat China yang semakin menjadi-jadi.

Buang air besar dalam tong kitar semula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...