Saturday, March 2, 2013

Tertangkap gambar pasangan membunuh diri

Detik terakhir pasangan kekasih membunuh diri ini telah berjaya ditangkap tanpa disengajakan. Seorang lelaki telah terjun dari sebuah jambatan yang tinggi ke dalam sungai yang sejuk. Tidak lama kemudian, teman wanitanya turut mengikuti langkah yang sama.

gambar bunuh diri

Pasangan ini dipercayai telah bersepakat untuk membunuh diri sebelum terjun dari Jambatan Wuhan yang melintasi sungai Yangtze di China. Para pengunjung yang melalui kawasan tersebut langsung tidak menyedari kejadian yang berlaku di belakang mereka dan masing-masing sibuk mengambil gambar.

gambar bunuh diri

Gambar mengejutkan teman lelaki dari pasangan tersebut sedang terjun ditangkap secara tidak sengaja oleh seorang wartawan akhbar. Pada asalnya, wartawan itu sedang menangkap gambar kabus yang menyelubungi jambatan tersebut.

gambar bunuh diri

"Pada awalnya saya tidak perasan telah tertangkap gambar lelaki yang sedang terjun untuk membunuh diri. Sejurus kemudian, barulah saya terdengar jeritan bahawa seseorang telah terjun. Saya hanya terdengar bunyi dia terjatuh ke dalam air. Tidak lama selepas itu, seorang wanita memanjat jambatan dan mengikuti langkah yang sama," kata wartawan tersebut.

gambar bunuh diri

Lelaki yang terjun tersebut dipercayai bernama Liu Han dan merupakan seorang pekerja asing berusia 20 tahun. Bapa saudara Liu memberitahu polis bahawa anak saudaranya sedang bergelut dalam masalah hidupnya.

Pihak polis tidak berjaya mengesan mangsa. Ianya amat mustahil untuk menjumpai mereka dalam keadaan masih hidup.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...