Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, August 27, 2012

Penganut Syiah Mati Dan Cedera Di Indonesia

Penganut Syiah Mati Dan Cedera Di Indonesia

JAKARTA - Polis Indonesia menahan tujuh orang yang didakwa terbabit dalam serangan terhadap penganut Syiah di daerah Sampang, Pulau Madura, Wilayah Jawa Timur, pada Ahad.

Dua penganut Syiah dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden itu yang berlaku di sub-daerah Omben.

"Setakat ini, tujuh orang ditahan sebagai suspek. Hanya selepas itu dalangnya yang hanya dikenali dengan huruf awalan R, ditahan. Ada tiga orang lagi yang masih belum ditahan.

"Harap-harap, kami dapat menahan mereka secepat mungkin," kata Ketua Polis Negara Jeneral Timur Pradopo yang dipetik oleh agensi berita Indonesia, Antara di sini pada Isnin.

Timur berkata kerajaan mengambil tindakan perundangan yang tegas dan sewajarnya dalam usaha mengelak insiden itu daripada berulang.

"Polis menugaskan lebih ramai pegawai di Sampang dengan bantuan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Sementara itu, proses perundangan sedang dilaksanakan," katanya.

Sejumlah pengikut Syiah melarikan diri dari kampung halaman mereka selepas kumpulan perusuh daripada fanatik Islam menyerang dan membakar rumah mereka di Nangkernang, kampung Karanggayam, sub-daerah Omben, Sampang.

Sementara itu, dalam kenyataannya kepada media pada Isnin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengkritik pejabat risikan tempatan di Sampang kerana gagal menjangka insiden itu yang mengorbankan nyawa dua pengikut Syiah.

Presiden Indonesia itu berkata memandangkan insiden serupa pernah berlaku pada Disember 2011, maka serangan terbaru itu sepatutnya sudah dijangka.

Yudhoyono menggesa pihak berkuasa tempatan supaya membantu menyelesaikan masalah di Sampang buat selama-lamanya.

Ketika ini, kira-kira 50 pelarian -- terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dari Omben -- ditempatkan di Dewan Sukan Wijaya Kusuma di Sampang selepas serangan pada Ahad.

Serangan terhadap penganut Syiah di Nanggernang, kampung Karanggayam, sub-daerah Omben, Sampang, ini adalah yang kedua sejak dua tahun lepas.

Pada Disember 2011, sebuah kumpulan anti-Syiah menyerang sebuah masjid Syiah, sebuah sekolah berasrama penuh Islam dan sebuah rumah kepunyaan seorang pemimpin Syiah tempatan.

Lebih 200 pengikut Syiah dipindahkan ke tempat lebih selamat, dan pasukan gabungan pegawai polis serta tentera ditubuhkan sebagai pengantara konflik itu.

sumber- Bernama

Tauke Raja Lawak Bercerai

Maharaja lawak mega 2012 live streaming
Tauke dan Meera
PELAWAK yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, sejak dua minggu lepas.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.

“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya.

Sebelum ini kecoh mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar.  Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu Meera.

Menjawab dakwaan itu, Tauke menjelaskan, “memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Ketika ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin lagi, Tauke berkata: “Kalau ada jodoh pada masa akan datang, saya tidak akan menolak tetapi apa-apa pun saya kini mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu."

Ketika ditanya sambutan Syawal yang lalu, Tauke meraikan Hari Lebaran di kampung halamannya di Pasir Gudang, Johor bersama keluarganya.

Tauke dan rakan kumpulan Jambu, Yus dijangka kembali dengan program komedi berjudul Pondok Jambu yang bakal bersiaran di Astro Warna bermula bulan depan.

sumber- Sinar

Amyza Aznan keguguran

Amyza Aznan
Amyza Aznan
PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri 3T: Tan, Tin, Tun, Amyza Aznan, 36, berkongsi berita mengenai keguguran kandungan yang baru berusia tiga minggu.

Perkara itu disahkan sendiri pelakon itu menerusi laman Twitternyapetang ini, antara lain menulis, “takde rezeki.  Perancangan ALLAH lebih baik.  Aku redha.  Keguguran anak ketiga.”

Bagaimanapun dia tidak menyebut bila mengalami keguguran.

Pelakon manis itu sudah mempunyai dua cahaya mata, Andre Mikhail dan Adrian Adam, hasil perkongsian hidup dengan Khairil Izhar Mohd Nazir.

Amyza dan Khairil Izhar berkahwin pada 2004.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...