Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, September 3, 2012

Budak 2 tahun pakar kendali haiwan liar

budak ditelan ular

SYDNEY: Walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.

Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang.

Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.

ular paling bahaya di dunia

Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar.

Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria.

Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.

budak main ular

“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini.

“Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.

“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.

Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu. 

sumber- DM

Kembar hitam putih

kembar paling pelik di dunia
PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih. 

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.

Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa. 

kembar paling pelik di dunia
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik. 

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya. 

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya. 

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur. 

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai. 

Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. 

sumber- TS

Robot Avatar di dunia sebenar

android games free download

YOKOHAMA (Jepun) – Sebuah robot termaju Jepun yang meniru kawalan pergerakan manusia membawa filem blockbuster Holloywood berjudul Avatar kepada satu tahap lebih realiti.

Pengguna peralatan khas dikenali TELESAR V don, bukan saja dapat mengawal tindakan mesin pada jarak jauh tetapi mampu melihat, mendengar dan merasai benda yang sama seperti android doppelganger (robot menyerupai manusia).

“Apabila saya meletakkan peranti dan menggerakkan badan saya, saya melihat tangan saya bertukar menjadi tangan robot.

“Apabila saya menggerakkan kepala saya, saya mendapat pandangan berbeza daripada sebelum ini,” kata penyelidik, Sho Kamuro.

“Ia adalah satu pengalaman yang pelik yang membuatkan anda tertanya-tanya jika anda mahu menjadi robot,” katanya. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...