Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, September 8, 2012

Kenapa Hair Dryer di bawah skirt gadis ini?

gambar lucu

Gelagat gadis Jepun sangat luar biasa sehinggakan adakalanya sanggup memalukan diri. Tiga pelajar sekolah ini melakukan seuatu aksi dengan hair dryer di bawah skirt masing-masing. Persoalannya sekarang, apakah yang mereka ingin keringkan itu? Mungkinkah pakaian mereka basah akibat tergelincir ketika bersukan?

Bantal yang benar-benar pelik dari Jepun

Jepun sentiasa menghasilkan rekaan yang pelik dan salah satunya adalah 'girlfriend lap pillow'. Rekaan bantal ini menyerupai peha perempuan sebenar dengan diletakkan skirt polyester pendek yang mempunyai dua warna pilihan iaitu merah ataupun hitam. Peha wanita sering dikaitkan sebagai tempat paling selesa untuk berbaring dan kerana itulah ianya diciptakan. Produk ini mungkin sesuai untuk lelaki bujang yang masih belum berpeluang untuk tidur di atas riba seorang wanita . 

Bantal tidur
rekaan awal
Bantal dari jepun
rekaan baru yang lebih cantik dan mengghairahkan
Untuk wanita kesepian pula, tidak ketinggalan salah satu produk yang hampir sama telah direka iaitu 'Boyfriend Arm Pillow'. Bantal ini seakan lengan lelaki sebenar yang akan memeluk penggunanya sepanjang malam.

Bantal peluk
terdapat dalam 3 warna pilihan
Rekaan bantal seterusnya ialah 'Oppai Pillow'. Ianya menyerupai dada seorang wanita dan mempunyai dua bonggolan seperti payudara. Ada diantara bantal ini menyerupai karakter anime yang seksi dan ada juga menyerupai payudara sebenar.  Siapa sangka produk sebegini benar-benar wujud dan berada dipasaran?

Bantal pelik
bentuk seakan payudara wanita sebenar
Bantal aneh
bantal yang direka dengan karakter anime

Gara-gara tegur jangan hisap dadah, lelaki mati ditikam

kebaikan dadah

KOTA BHARU - Gara-gara menasihati rakan serumahnya agar tidak terbabit dengan gejala dadah, seorang lelaki maut akibat ditikam dalam kejadian di Kampung Rahmat, Lubok Setol, Pasir Mas hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian antara pukul 8 dan 9 pagi itu, Mohd Yusof Zakaria, 41, ditikam dengan sebilah pisau yang mengenai jantungnya.
   
"Mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik di Rantau Panjang," katanya pada sidang media, di sini.
   
Beliau berkata suspek yang berumur 37 tahun menyerah diri di Balai Polis Lubuk Setol, setengah jam selepas kejadian.
   
Katanya polis turut merampas sebilah pisau berukuran 12 sentimeter daripada lelaki itu yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.
  
Ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah dan mempunyai rekod membabitkan dadah pada 2002, katanya.
   
Mengulas lanjut kejadian itu, Mazlan berkata insiden berlaku di hadapan kantin di kawasan perlombongan bijih besi kampung berkenaan, selepas mangsa menegur suspek agar tidak terbabit dengan dadah dan berhenti daripada mengganggu  keluarga sendiri.
   
"Suspek baru bekerja di lombong itu dalam tempoh sembilan bulan dan berasal dari Benut, Johor manakala mangsa yang dilahirkan di Kedah kini menetap di Pasir Mas dan tinggal bersama suspek," katanya.
   
Mangsa katanya ditikam dua kali, namun tikaman pertama berjaya dielak sebelum ditikam kali kedua yang tepat ke jantung mangsa.
   
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...