Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, October 27, 2012

Lirik lagu Indonesia Raya perlu dikaji semula

foto bendera Indonesia

JAKARTA: Segelintir tokoh di Indonesia berpendapat lirik lagu kebangsaan negara itu, Indonesia Raya perlu dikaji semula dan diperbaiki. Lirik lagu itu dianggap sudah tidak bersesuaian dan tidak menepati keadaan Indonesia sekarang.

“Lirik lagu Indonesia Raya perlu dikaji dan diperbaiki,” kata Ketua Lembaga Muzik Indonesia, Didied Maheswara kepada wartawan semalam.

Didied berkata, lirik yang berbunyi “di sanalah aku berdiri jadi pandu ibuku” mempunyai pelbagai tafsir.

Menurutnya, lirik itu seolah-olah seperti memandu orang yang meninggal dunia. Justeru ia menjadi kurang bermakna walaupun memandu yang dimaksudkan adalah untuk ibu pertiwi. 

Isu lagu Indonesia Raya bukan satu perkara baru. Pada zaman pemerintahan Soeharto dan BJ Habibie, usul sama pernah diutarakan tetapi tidak mendapat perhatian. 

sumber- tribunenews.com

Perkosa tiga anak selama 8 tahun

JAKARTA: Angkara ingin menguasai ilmu hitam, seorang bapa memperkosa tiga anak perempuannya secara bergilir-gilir selama lapan tahun.

Isteri lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun mengetahui perbuatan suaminya.

ilmu hitam
gambar hiasan
Zaeni, 43, dari Cakung Jakarta Timur dibawa ke balai polis di sini Khamis lalu selepas perbuatannya itu terbongkar. Isteri suspek yang hanya dikenali sebagai Ka memberitahu dia sering melihat suaminya membakar kemenyan setiap malam Jumaat.

“Saya sudah menasihatinya bahawa perbuatannya itu berdosa tetapi dia masih melakukannya,” katanya kepada wartawan.

Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga anak perempuan suspek berusia 20, 19 dan 15 tahun.

Perbuatan suspek terbongkar selepas anak bongsunya yang berusia 15 tahun memberontak ketika ingin diperkosa bapanya. Dia melarikan diri dan melaporkan kepada polis mengenai perbuatan bapanya selama ini.

Ekoran maklumat itu, sekumpulan polis bergegas ke kediaman suspek dan memberkasnya. Isteri suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut. 

sumber- kompas.com

Ibu temui dua anak mati ditikam

budak kena bunuh

NEW YORK: Seorang ibu yang baru pulang ke apartmen mewahnya di sini semalam terperanjat apabila mendapati dua anak yang masih kecil mati di dalam tab mandi akibat ditikam.

Pengasuh yang bekerja dengan keluarga itu ditahan, kata polis. 

Wanita itu, Marina Krim menemui mayat anak lelakinya Leo, dua tahun dan perempuannya, Lulu, enam tahun pada kira-kira jam 5.30 petang di apartment mereka di 57 West 75th Street, dekat Central Park, di kawasan mewah Manhattan’s di Upper West Side. 

Jurucakap Jabatan Polis New York, Paul Browne berkata, kedua-dua kanak-kanak itu mengalami beberapa luka tikaman di tubuh mereka dan disahkan mati di tempat kejadian.

Pengasuh mereka yang berusia 50 tahun, ditemui terbaring di lantai bilik mandi dipercayai menikam lehernya sendiri. Sebilah pisau berlumuran darah turut ditemui.

Pengasuh itu dihantar ke hospital dan kini ditahan polis. Keadaannya dikatakan kritikal tetapi stabil. 

sumber- Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...