Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 17, 2012

Kepala musang tersangkut pada tayar

Seekor musang telah dijumpai dengan kepalanya tersekat pada tayar sebuah kereta Volkswagen. Pasukan bomba terpaksa menanggalkan tayar dari kenderaan tersebut terlebih dahulu dengan kepalanya yang masih tersangkut. Misi menyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum kepalanya dapat dikeluarkan. Musang yang malang ini diserahkan kepada RSPCA untuk rawatan dan kini ditempatkan di Hospital Haiwan Liar South Essex.

musang
kepala musang tersangkut pada tayar

Video: Perempuan bawa kuda naik kereta api

Tren S-Bahn di Berlin dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita menaiki tren bersama seekor Kuda Shetland minggu lalu. Rakaman yang menunjukkan seorang wanita misteri berambut perang membawa seekor kuda tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube.

kuda naik kereta api

Jarkko Riihimaki yang merupakan salah seorang penumpang berkata, "Pada awalnya perjalanan tren S-Bahn ini berkeadaan biasa. Namun apabila tiba di satu hentian, seorang wanita memasuki tren bersama seekor kuda."

Penumpang menjadi bingung tetapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk menangkap gambar dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.


Jurucakap S-bahn, Burkhard Ahlert memberi ulasan, "Orang ramai mungkin tersenyum dengan apa yang berlaku tetapi secara terangan ianya melanggar peraturan. Kuda boleh mengundang insiden berbahaya. Apakah yang akan berlaku jika ia terlepas? S-Bahn tidak menyediakan tempat untuk haiwan sebegitu. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis"

Kuda tersebut dipercayai milik sarkas setempat dan dibawa keluar untuk mengutip derma kebajikan.

Gunting selamat nyawa bayi tidak cukup bulan

Maddalena Douse

LONDON - Kebiasaannya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat kurang daripada satu paun (450 gram) sukar untuk diselamatkan kerana kurang memiliki daya juang hidup.

Bagaimanapun, berlainan dengan Maddalena Douse yang dilahirkan enam bulan lalu, yang hanya memiliki berat 382 gram, kerana kejadian yang jarang-jarang berlaku telah membantu menyelamatkan nyawanya.

Sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang telah membantu menambah berat badannya, sehingga menyakinkan para doktor untuk memberi rawatan susulan kepadanya.

Selepas dia diletakkan di dalam mesin khas untuk bayi tidak cukup bulan, sepasang gunting yang secara tidak sengaja tertinggal di atas penimbang menyebabkan berat badannya melebihi berat sebenar bayi itu, sehingga menyakinkan para doktor untuk berusaha menyelamatkan bayi kecil berusia 23 minggu itu.

Setelah diberi rawatan secara berterusan di Hospital Royal Sussex, bayi itu semakin pulih serta sihat, dan dia kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.

Maddalena sebenarnya mempunyai pasangan kembar, Isabella, namun kembarnya itu meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan.

Ibu mereka, Kate, dan bapa, Renato, sangat sedih dengan kematian Isabella serta bimbang Maddalena mengalami nasib yang sama.

Namun, pasangan suami isteri itu sangat gembira dengan perkembangan Maddalena yang dianggap 'menakjubkan.'

"Kami tidak pernah menjangka Maddalena boleh dibawa pulang ke rumah apatah lagi untuk menyambut Krismas ini.Beratnya kini 2.49 kilogram dan semakin kuat dari hari ke hari." katanya. 

sumber- AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...