Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, January 10, 2013

Pertandingan tarik tali menggunakan telinga

Pertandingan tarik tali mungkin perkara biasa yang pernah kita dengar. Bagaimana pula dengan pertandingan tarik tali menggunakan telinga? Amat jarang kita mendengarnya kerana hanya segelintir masyarakat di dunia ini yang masih mengamalkan sukan tersebut. Sukan tarik tali menggunakan telinga atau lebih dikenali sebagai Ear Pull sering dipertandingkan dalam World Eskimo-Indian Olympics (WEIO). Objektif sukan ini adalah untuk menguji kekuatan peserta dalam menahan sakit.

sukan pelik

Dalam pertandingan ini, dua peserta akan berdepan manakala kaki mereka akan terkangkang dan dikunci kait supaya tidak berganjak dari kedudukan asal. Tali sepanjang dua kaki akan disambungkan pada telinga kedua-dua peserta. Jika menggunakan telinga kanan, maka kedua-dua peserta harus menggunakan telinga kanan dan begitu juga sebaliknya. Kemudiannya mereka akan menarik telinga lawan masing-masing sehingga  ada yang mengaku kalah atau tali terputus.

permainan pelik

Permainan ini telah dikeluarkan dari beberapa kejohanan sukan Artik kerana bimbang dengan keselamatan peserta. Langkah ini diambil kerana ramai peserta yang memasuki pertandingan tersebut mengalami kecederaan dan pendarahan serius. Ada juga kes dimana telinga peserta harus menerima jahitan.

lawan telinga

World Eskimo-Indian Olympics (WEIO) adalah acara tahunan yang diadakan empat hari berturut-turut pada bulan Julai atau Ogos. Ianya diwujudkan bagi memelihara budaya dan kemahiran kaum asli dalam melangsungkan hidup. WEIO menampilkan sukan yang telah berakar umbi dari zaman nenek moyang mereka seperti memburu, dan kemahiran melangsungkan hidup masyarakat asli Amerika. Antara perkara lain yang termasuk dalam acara ini ialah tarian dan pertandingan bercerita.

tarik telinga
sakit telinga

Rumah impian di stesen kereta api

Jika memiliki rumah ini, anda tidak perlu risau untuk terlepas tren ke tempat kerja. Namun, pemilik rumah ini pasti khuatir jika ada penumpang lain yang mengintai aktiviti seharian mereka melalui tingkap.

rumah pelik

Satu peluang keemasan ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang mahukan rumah impian di sebuah platform stesen kereta api yang sibuk. Dengan semudah membuka pintu belakang lalu boleh berjalan terus memasuki gerabak, pemilik rumah ini dianggap sangat bertuah.

rumah di stesen kereta api

Rumah stesen kereta api The Grade II-listed Victorian ini terletak di laluan London ke North Wales. Terdapat lebih 20 kereta api yang berhenti di perhentian ini pada setiap hari. Pembeli rumah ini juga diberi jaminan tiada sebarang gangguan untuk tidur sekurang-kurang selama enam jam. Kereta api tidak akan melalui stesen tersebut sekitar tengah malam hinggalah 6 pagi.

rumah stesen kereta api

Ejen hartanah, Hugh Steele-Perkins berkata, "Ianya rumah impian di stesen kereta api. Anda boleh keluar dari bilik tidur lalu boleh menaiki tren secepat mungkin. Terdapat tingkap kecil sebelah rumah bagi membolehkan anda melihat tren yang tiba. Fikirkan, anda tidak perlu lagi menunggu di platform yang sejuk pada awal pagi untuk ke tempat kerja."

rumah untuk dijual

Rumah ini terletak di tepi pantai bandar Penmaenmawr, berdekatan Bangor, North Wales. Ianya mengambil masa kira-kira tiga setengah jam untuk bertolak menaiki tren dari London ke sini. Rumah ini juga dilengkapi tiga bilik tidur dan dijual dengan harga £127,500.

rumah stesen

Steele-Perkins yang merupakan pengarah Jacksons Commercial, di Llandudno, menambah, "Stesen ini sangat sibuk kerana laluan utama Euston ke Holyhead. Anda juga boleh melihat pemandangan laut yang indah dari tingkat atas."

bandar Penmaenmawr

Rumah stesen ini dibina pada tahun 1850 dan dijadikan kedai antik sejak tidak digunakan oleh British Rail pada tahun 1986. Ianya dibina dengan batuan granit, 2220 kaki persegi dan mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah merupakan pejabat penjualan tiket dan juga ruang menunggu.

Video: Penagih dadah terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah telah terkena renjatan ketika memanjat tiang elektrik dan cuba melakukan aksi akrobatik yang berbahaya.

Penagih dadah terkena renjatan elektrik

Lelaki yang dikenali sebagai Miguel itu telah bergayut di kabel bervoltan tinggi sehingga berlakunya letupan sebelum terjatuh ke bawah di Santiago, Chile.

Video dramatik ini sempat dirakam oleh seorang amatur yang menyaksikan kejadian tersebut.

Penagih dadah terkena renjatan elektrik

Penduduk tempatan sempat menelefon polis untuk datang ke Lo Prado, sebuah kawasan di ibu kota Chili petang kelmarin setelah melihat seorang lelaki bermain di atas tiang tersebut berdekatan rumah mereka.

Orang ramai mula panik melihat gelagat lelaki tersebut kira-kira pada pukul 4 petang sebelum berayun dan melakukan aksi mautnya.

Penagih dadah terkena renjatan elektrik

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk cuba memujuknya turun dan meletakkan beg angin sebagai langkah keselamatan untuk menangkapnya jika terjatuh.

Jiran-jiran mengatakan ini bukanlah kali pertama Miguel memanjat tiang elektrik dan cuba melakukan aksi berbahaya tersebut selepas dibawah pengaruh dadah.

Namun kali ini malang menimpanya apabila kakinya tersentuh pada kabel elektrik dan mati serta-merta. Letupan kuat mengakibatkan kebakaran di dua buah rumah yang berdekatan. Api berjaya dipadamkan namun 500 rumah terpaksa merasa tempiasnya apabila bekalan elektrik terputus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...