Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, January 19, 2013

Wanita hampir mati dikerjakan mesin

Seorang pekerja dan juga ibu kepada seorang anak nyaris maut apabila rambutnya tertarik pada sebuah mesin di tempat kerjanya.

Wanita hampir mati dikerjakan mesin

Kelly Nield, 24, menyangkakan nyawanya bakal melayang setelah skaf dan toncangnya tersangkut pada sebuah mesin. Rantai pada mesin tersebut bergerak dan menyebabkan skaf yang dipakai Kelly secara tidak sengaja mencekik lehernya sendiri. Jarinya turut patah dalam usaha untuk melepaskan diri.

Mujurlah seorang rakan sekerjanya yang menyedari kejadian tersebut segera mematikan suis. Malangnya Kelly terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga bulan sebelum dibenarkan keluar. "Saya batuk darah dan melihat jari saya terkulai. Saya turut menjerit tetapi bunyi mesin di kilang tersebut terlalu bising. Saya bertanyakan kepada doktor adakah saya akan mati?"

Wanita hampir mati dikerjakan mesin

Para pekerja di kilang tersebut tidak pernah diberi amaran mengenai pemakaian skaf dan juga berambut panjang. Kilang ini dikatakan akan didenda lebih dari £80,000 atas kecuaian dalam menjaga keselamatan pekerja. Majikannya, James Hutchison melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut.

Kawal televisyen menggunakan bantal

Kita sering menghadapi masalah kehilangan alat kawalan jauh untuk televisyen. Mungkin disebabkan rekabentuknya yang kecil atau nipis dan sering tersorok dicelah ruang-ruang yang sempit. Adakah rekaan alat kawalan jauh yang kreatif ini mampu mengatasi masalah tersebut?

Kawal televisyen menggunakan bantal

Satu rekaan yang amat dibantu dimana anda boleh menggantikan alat kawalan tersebut dengan menggunakan bantal kawalan jauh. Penggunaannya tetap fleksibel seperti mana alat kawalan jauh biasa malah anda juga boleh memeluknya dan memberi keselesaan ketika menonton rancangan kegemaran anda.

Kawal televisyen menggunakan bantal

Alat kawalan ini disesuaikan untuk pelbagai jenis televisyen dengan teknologi 6 in 1 universal remote control. Oleh itu anda menukar kesesuaiannya untuk apa jua jenis televisyen yang anda gunakan. Untuk kuasa bateri yang tahan lebih lama, bantal ini akan terlelap selepas 60 saat digunakan.

Kawal televisyen menggunakan bantal

Jam matematik yang mencabar minda

Jika anda seorang pakar matematik, mungkin rekaan jam ini amat sesuai untuk anda. Math Clock adalah jam dimana penggunannya harus melakukan latihan matematik bagi mendapatkan waktu yang tepat. Tetapi, jika anda seorang yang memiliki rutin harian yang terlalu sibuk, lupakan sahaja untuk memiliki jam sebegini kerana bagi mengetahui waktu sahaja, anda memerlukan masa beberapa minit untuk melakukan kerja mengira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...