Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, March 6, 2013

Video: Wanita korek dan makan tahi hidung sendiri

Dari segi fizikal dan gayanya, wanita barat ini kelihatan cantik serta menawan. Namun siapa sangka bahawa dia memiliki tabiat buruk yang amat menjijikkan. Sambil menjawab panggilan telefon di dalam keretanya, wanita ini sempat mengorek dan memakan tahi hidungnya sendiri. Aksinya berjaya dirakamkan secara sembunyi oleh seseorang yang memandu berdekatan dengannya. Selepas video ini tersebar, mungkin dia sudah serik untuk melakukan tabiat peliknya di kawasan awam.

awek korek hidung dalam kereta

Lelaki kurang siuman potong alat sulit sendiri

INDORE: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental telah memotong alat sulitnya sendiri pada Ahad lalu berdekatan kawasan Barfani Dham. Kejadian ini berlaku waktu petang ketika Shahid Hussain, 45, penduduk dari Madina Nagar pergi ke kedai gunting yang terletak di tepi jalan. Kemudiannya dia mencapai pisau cukur dari kaunter lalu terus memotong alat sulitnya sendiri. Saksi yang melihat kejadian segera menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Maharaja Yeshwantrao. Keadaannya dikatakan kritikal.

peralatan gunting rambut
gambar hiasan
Berdasarkan keterangan polis, Hussain mengalami masalah mental dan telah lari dari rumah sejak 1 Februari lalu. Hasil penyiasatan pihak polis dari balai polis Vijay Nagar mengesahkan, ketagihan berjudi dan kehilangan banyak wang pertaruhan menjadi penyebab mengapa Hussain menjadi kurang siuman. Orang ramai mendakwa mereka sering mendengar Hussain mengatakan dia memenangi loteri.

Video: Bergaduh akibat bergurau tidak kena tempat

Inilah akibatnya apabila bergurau tidak kena masa dan tempat yang sesuai. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah bank yang tidak dinamakan. Jika dilihat keseluruhan video ini, pada asalnya kelihatan seorang kakitangan bank tersebut seperti sekadar bergurau dengan membaling barang kepada rakan sekerjanya seakan budak sekolah. Dalam masa yang sama, dua orang yang terlibat dalam pergaduhan ini sedang berurusan melalui telefon yang dipercayai pelanggan mereka. Mungkin disebabkan tidak tahan dengan karenah rakannya yang mengulangi perbuatan yang sama, seorang pekerja bank tersebut terus menerkam dan memukul rakannya.

Bergaduh akibat bergurau tidak kena tempat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...