Migrasi bermaksud perpindahan atau penghijrahan sesuatu spesis daripada suatu tempat ke tempat yang lain demi kelangsungan hidup. Kita lihat proses migrasi Ketam Merah yang membanjiri Pulau Krismas, Australia. Proses migrasi Ketam Merah biasanya berlaku sekitar bulan Oktober dan November. Dianggarkan lebih dari 50 juta ekor yang menyertai setiap proses migrasi.
Ketam Merah hidup di daratan tetapi telurnya harus ditetaskan di kawasan persisiran pantai. Perjalanan yang jauh terpaksa diredah mereka iaitu kira-kira 5 km yang memakan masa sekitar 3 minggu dari kawasan hutan ke kawasan pantai. Ketika dalam perjalanan, mereka akan terdedah kepada pemangsa termasuklah manusia. Segala halangan di hadapan mereka akan diredah walaupun ianya berbahaya dan mampu menyebabkan kematian.
Tidak terkecuali juga dengan keadaan cuaca panas terik yang boleh menyebabkan banyak Ketam Merah terhidrasi seterusnya mati. Terdapat juga di kalangan mereka yang harus memakan ketam lain yang telah mati demi mendapatkan sedikit tenaga untuk meneruskan perjalanan yang sukar . Perjalanan dari kawasan pantai ke hutan akan diteruskan pula oleh anak-anak ketam yang telah menetas.
0 comments:
Post a Comment