Thursday, July 19, 2012

Konstabel maut terjatuh menara telekomunikasi

Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi
Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi. 

Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi
Seorang pegawai polis menunjukkan menara telekomunikasi yang terletak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Sepang, hari ini.
SHAH ALAM - Seorang anggota polis maut selepas terjatuh menara komunikasi bersebelahan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa, Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, dilihat memanjat menara komunikasi setinggi 60 meter itu ketika peserta kursus lain sedang berehat untuk minum pagi.

Mangsa dari Bahagian Tugas Am, Balai Polis Sungai Buloh menyertai kursus asas menunggang motosikal ringan kelas B2 selama lima hari di IPD Sepang, bermula Isnin lalu.

Zaldino berkata, sebelum kejadian berlaku jam 10.15 pagi itu, mangsa difahamkan baru sahaja keluar untuk ke tandas, kira-kira 10 minit sebelum waktu rehat kursus yang dihadirinya berakhir.

Menurutnya, terdapat pegawai serta anggota lain yang menyedari tindakan mangsa dan cuba memujuknya untuk turun dari menara terbabit.

"Mangsa tidak mengendahkan pujukan itu, sebaliknya terus terjatuh dari menara tersebut.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dan tapak kaki meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Zaldino berkata, setakat ini, motif kejadian dikenal pasti ada kaitan dengan masalah kemurungan.

Katanya, menurut peserta yang menginap bersama mangsa sepanjang kursus dijalankan, mangsa gemar bersendirian dalam bilik dan tidak banyak bercakap dengan peserta lain.

"Semakan yang dibuat mendapati, mangsa tiada masalah disiplin dari segi tatacara kerja atau terlibat dadah," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa berasal dari Semporna, Sabah itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Zaldino berkata, mangsa berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun sejak 16 Julai 2009.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...