Saturday, August 4, 2012

13 haiwan peliharaan termahal di dunia

13. Hyacinth Macaw – $14,000
burung termahal di dunia
Burung ini berasal dari Amerika Selatan. Ianya merupakan spesis burung terancam yang paling diminati dan amat sukar untuk diperolehi.


12. Leucistic Ball Python – $15,000
ular termahal di dunia
Leucistic Ball Python merupakan reptilia paling jarang ditemui dan hanya boleh dibiakkan dalam iklim tertentu. Dengan kulitnya yang putih licin, dan mata hitam legam bercampur pula dengan sedikit merah menjadikan ia kelihatan agak menyeramkan. Pada awal kemunculannya, ia dijual dengan harga kira-kira $15,000, tetapi kini sesiapapun boleh mendapatkannya dengan harga serendah  $2,500 sahaja.


11. Palm Cockatoo – $16,000
burung termahal di dunia
Burung ini turut dikenali sebagai Goliath Cockatoo dan jarang ditemui. Kebanyakan burung ini dipelihara oleh selebriti terkenal seperti Natalie Copp, David Roberts dan Mike Tyson. Habitat asalnya adalah dari New Guinea dan Utara Queensland, Australia.


10. Blue Mutation Amazon – $20,000
burung termahal di dunia
Ramai yang menyangka bahawa burung kakak tua dari spesis ini telah pupus, namun seorang lelaki bernama Howard Voren berjaya mendapatkan sepasang burung ini dan berjaya membiakkannya.


9. Lavender Albino Ball Python – $40,000
ular termahal di dunia
Pada tahun 2003, dua penternak ular terdengar khabar angin bahawa wujudnya ular sawa albino di Afrika. Selepas rundingan, ular tersebut dibeli dengan harga $40,000 walaupun ketika itu ular tersebut dalam keadaan yang kurang sihat. Tetapi selepas tempoh pemulihan dan ular tersebut sembuh, ia diternak dan anak-anak ular itu dijual dengan harga sekitar $20000.


8. Bengal Cat – $42,000
kucing termahal di dunia
Kebanyakan kucing Bengal biasanya dijual sekitar $800 - $1500, namun jualan yang luar biasa telah berlaku di London, England pada tahun 1998. Seekor kucing generasi kedua telah dibeli dengan harga $42 000 oleh seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.


7. Chimpanzee – $55,000
haiwan peliharaan termahal di dunia
Bayi chimpanzee ini kelihatan comel namun apabila ia meningkat dewasa, chimpanzee boleh menjangkau berat 150-250 lbs dan 10 kali lebih kuat dari lelaki normal. Walaupun banyak insiden buruk telah berlaku sejak kebelakangan ini, ramai yang masih gemar membeli bayi chimpanzee dengan harga sekitar $50,000 - $75,000.


6. Stag Beetle – $89,000
kumbang termahal di dunia
Purata ukuran Stag Beetle ialah kira-kira 2-3 inci. Pembiak baka ini yang berasal dari Jepun telah dibayar $89000 tunai setelah rundingan dengan pelanggan. Kumbang tersebut dinilai dengan harga yang begitu mahal kerana berukuran lebih dari 3 inci dan jarang ditemui.


5. White Lion Cub – $138,000
singa termahal di dunia
Anak singaputih ini mengalami masalah genetik namun masih dianggap cantik dan ingin dimiliki.


4. Sir Lancelot Encore – $155,000
anjing termahal di dunia
Selepas Edgar dan Nina Otto kehilangan Lancelot, anjing kesayangan mereka kerana kanser pada tahun 2008, pasangan ini mengalu-alukan pula Lancelot Encore setahun kemudian. Lancelot Encore dihasilkan dari DNA yang sama dengan anjing yang telah mati itu selepas pasangan Otto memenangi pengklonan anjing di Bio-Arts Auction yang diadakan di San Francisco dengan tag harga yang memberangsangkan iaitu $155 000.


3. Tibetan Mastiff – $582,000
anjing termahal di dunia
Yangtze River Number Two ialah nama anjing yang paling mahal pernah dijual dalam rekod dunia. Anjing ini telah dibeli oleh seorang jutawan muda yang dikenali sebagai "Mrs. Wang ".


2. Missy – $1,200,000
lembu termahal di dunia
Missy ialah seekor Holsten Cow berumur 3 tahun yang memenangi Grand Champion of the 2009 Western Fall National Show. Missy dijual dengan harga $1.2 juta di Ontario, Kanada pada 11 November, 2009.



1. Green Monkey – $16,000,000
kuda termahal di dunia
Green Monkey dijadikan sebagai kuda lumba selama dua tahun di Calder Race Course oleh Demi O’Byrne.Walaupun begitu, kuda ini tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan dan kini telah bersara dari trek perlumbaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...