Tuesday, August 7, 2012

'Koboi bogel' ada saingan

IMEJ video agensi berita AFP yang disiarkan di laman YouTube kelmarin menunjukkan 'koboi bogel' membuat persembahan di Times Square, New York.
IMEJ video agensi berita AFP yang disiarkan di laman YouTube kelmarin menunjukkan 'koboi bogel' membuat persembahan di Times Square, New York.
NEW YORK - Selama 13 tahun, seorang lelaki yang bertubuh sasa, memakai topi dan but koboi bermain gitar dalam keadaan separuh bogel semasa menyanyi untuk mencari 'makan' di Times Square di sini.

Lelaki itu, Robert Burck memperoleh pendapatan AS$1,000 (RM3,106) sehari dan ramai wanita merakamkan gambar dengannya.

Burck, 41, amat dikenali dalam kalangan pelancong di bandar raya ini.

Dia memakai seluar dalam semasa membuat persembahan.

Bagaimanapun, dia kini berdepan saingan daripada seorang lagi lelaki yang memakai seluar dalam ketat dan menggelarkan dirinya sebagai 'Indian bogel'.

Lelaki Indian itu menggelarkan dirinya sebagai raja baharu di Times Square.

"Terdapat daya tahan lebih lama, lebih bertenaga dalam diri saya," kata lelaki Indian itu yang enggan memberikan nama penuhnya.

Namun, dia dilaporkan bernama Adam David.

"Koboi itu, kakinya kelihatan lemah. Kedudukannya kini semakin terancam," katanya.

Kedua-dua mereka membuat persembahan dalam jarak yang dekat.

Lelaki Indian yang memakai topi tradisi yang mengandungi pelepah haiwan itu berkulit lebih gelap dan muncul di Times Square pada bulan lalu.

Menurutnya, dia yang bertubuh lebih sasa daripada 'koboi bogel' memperoleh pendapatan antara AS$200 (RM621.36) hingga AS$500 (RM1,553) sehari.

Dia muncul dengan gendang dan berteriak dalam bahasa Indian.

Burck menggunakan ancaman akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa lelaki Indian itu tidak menggunakan logo 'Indian bogel' pada seluar dalamnya.

Menurutnya, penggunaan itu melanggar identitinya sebagai 'koboi bogel'.

'Koboi bogel' itu telah membina empayar perniagaannya sendiri sejak beberapa tahun lalu termasuk penjualan baju-T, but koboi dan seluar dalam yang boleh diperoleh di laman www.nakedcowboy.com. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...