Friday, September 28, 2012

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah

jemaah haji wanita
SEKUMPULAN jemaah haji wanita meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram.
ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.

Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah.

"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.

Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.

"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi berita AFP.

Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.

Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. 

sumber- AFP

2 comments:

  1. erm mmg perlu ditemani mahram ke?sebab ada customer saya seorang wanita dia gi haji seorang je. cane ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mmg perlu... cuba rujuk dgn tabung haji pasal mslh tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...