Saturday, September 8, 2012

Hero Green Lantern terbaru beragama Islam

Komik DC menampilkan superhero Green Lantern beragama Islam bernama Simon Baz. - REUTERS
NEW YORK - Syarikat komik DC memperkenalkan satu siri komik Green Lantern terbaru yang menampilkan watak superhero itu sebagai seorang lelaki berketurunan Amerika-Arab Islam.

Watak tersebut yang diberi nama Simon Baz diceritakan sebagai seorang pelumba kereta haram berusia awal 20-an yang berasal dari Dearborn, Michigan.

Green Lantern Islam

Baz terpilih untuk menyertai pasukan polis galaksi selepas dia terjumpa satu cincin sakti yang memberinya kuasa superhero.

Penghasilan komik tersebut dilihat sebagai contoh terbaru kepelbagaian cerita superhero masa kini.

Kepelbagaian tersebut bermula apabila DC menghasilkan komik Green Lantern dalam versi gay pada Jun lalu, manakala komik Marvel menampilkan watak Spiderman yang berketurunan separuh kulit hitam dan separuh Latin.

sumber- Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...