Saturday, September 8, 2012

Ben & Jerry’s saman penerbit filem Porno

gambar ais krim

Syarikat aiskrim, Ben & Jerry Homemade Inc. telah mendapat perintah pembekuan sementara terhadap penerbit filem Caballero daripada mengedar filem-filem pornonya yang tajuknya menggunakan perisa aiskrim Ben & Jerry.

Menerusi Unilever NV di London (UNA), Ben & Jerry telah menfailkan saman terhadap Caballero Video daripada menjual siri DVD filem porno yang menggunakan tajuk “Ben & Cherry”, “Peanut Butter D-Cups” dan “Boston Cream Thigh”.

Hakim, Lewis Kaplan telah mengarahkan Caballero untuk menghentikan penjualan dan pengedaran bahan-bahan itu, dengan kesemua produk-produk, label-label mesti dimusnahkan atau ditarik balik daripada peruncit dengan segera.

Kaplan turut mengarahkan agar penerbit filem hadir sebelum perbicaraan berjalan pada 12 September ini untuk memberi sebab mengapa hakim tidak perlu mengisukan injuksi terhadap mereka.

Sebelum ini, Ben & Jerry mendakwa bungkusan DVD itu memperlihatkan gambar lelaki dan wanita bogel menggunakan latar belakang yang terdapat pada bekas aiskrim Ben & Jerry.

sumber- Tupai

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...