Thursday, November 22, 2012

Eksekutif tipu bank RM7.04 bilion dipenjara

LONDON - Seorang eksekutif bank UBS, Kweku Adoboli dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kelmarin kerana didapati bersalah menyalahguna wang bank Switzerland itu sebanyak AS$2.3 bilion (RM7.04 bilion).

Ia merupakan kes penipuan terbesar di Britain.

Adoboli , 32, yang merupakan rakyat Ghana didapati bersalah atas dua tuduhan penipuan oleh pihak juri di Mahkamah Southwark Crown kelmarin, tetapi terlepas daripada empat pertuduhan penipuan akaun.

Kweku Adoboli
Kweku Adoboli
"Terdapat sifat kuat berjudi pada diri kamu," hakim Brian Keith memberitahu Adoboli ketika menjatuhi hukuman tersebut.

"Kamu terlalu angkuh kerana menyangka peraturan bank terhadap pedagang tidak terpakai terhadap kamu".

Hakim berkata, Adoboli perlu menjalani separuh daripada hukumannya sebelum diberikan parol.

Adoboli mengesat air matanya apabila keputusan dibacakan.

Dia mengaku kerana kehilangan wang tersebut tetapi menafikan melakukan perkara salah.

Adoboli merupakan anak bekas seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Taktiknya itu membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh AS$90 juta (RM275.4 juta) untuk bank tersebut pada Mei 2011 dan bank memberikan ganjaran bonus yang besar kepadanya sebanyak £250,000 (RM1.21 juta) pada 2010 berbanding £15,000 (RM73,039) pada 2008.

Bagaimanapun, apabila timbul krisis kewangan, pertaruhan Adoboli tidak menjadi sehingga boleh menyebabkan bank UBS kehilangan AS$12 bilion (RM36.7 bilion).

Penangkapannya pada September lalu mengakibatkan nilai saham bank tersebut jatuh sepuluh peratus. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...