Thursday, November 22, 2012

Datuk peraga fesyen perempuan jadi popular

GUANGZHOU - Seorang datuk dari China menjadi popular serta-merta selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiarkan di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pada mulanya, datuk yang berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka dan suka-suka.

Liu Xianping
GAMBAR butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.
Namun, selepas cucunya memuat naik dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di Internet, mereka tidak menyangka foto-foto itu menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan hasil jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di wilayah Guangdong, selatan China.

Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.

"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.

"Kami anggap aksinya terlalu kelakar dan terus merakamnya," tambah wanita itu. 

sumber- Agensi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...