Thursday, November 15, 2012

Pesakit mental jatuh tingkat 10

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri  di Lebuh Maccalum di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Ng Sooi Wah, 30, dari Lebuh Pintasan Cecil di sini dikatakan pergi ke pangsapuri berkenaan dengan menunggang sebuah motosikal  .

Pesakit mental jatuh tingkat 10
Mayat mangsa ditemui berlumuran darah berhampiran tempat letak motosikal oleh orang ramai.
Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati, mangsa naik ke tingkat 10 sebuah blok pangsapuri berkenaan berikutan penemuan selipar mangsa yang ditimui di kawasan koridor blok berkenaan.

Beliau berkata, penduduk perumahan itu turut melihat Sooi Wah berkeliaran di kawasan namun mereka tidak mengesyaki apa-apa.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 10 dan ditemui berhampiran tempat letak motosikal dibahagian bawah pangsapuri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kemungkinan tiada kaitan jenayah.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...