KUALA LUMPUR - Perbuatan tiga remaja lelaki memperdaya seorang penunggang motosikal warga Pakistan dengan menyamar sebagai anggota polis bukan sahaja tidak menjadi malah mereka diberkas pihak berkuasa semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi di Jalan Loke Yew, mereka menaiki kereta Perodua Myvi sebelum menghalang motosikal yang ditunggang mangsa berusia 32 tahun.
TIGA remaja yang ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam. |
Ketika kejadian, tiga suspek, dua daripadanya berusia 15 dan 18 tahun dan sudah tidak bersekolah memakai baju T tertera logo Polis Diraja Malaysia dan mengeluarkan buku nota yang juga mempunyai logo sama.
Suspek kemudian meminta mangsa menunjukkan lesen memandu, cukai jalan dan pasport.
Ketua Unit Penguat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, tiga suspek itu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat anggota peronda yang kemudian menghampiri lokasi kejadian.
"Pemeriksaan mendapati tiga remaja terbabit cuba menipu penunggang motosikal tersebut dengan menyamar sebagai polis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment