Mengemis mungkin menjadi jalan pintas untuk seseorang memperoleh pendapatan. Ada sesetengah pengemis tersangatlah licik dengan berlakon seperti orang miskin sedangkan mereka berkemampuan untuk bekerja. Malah, ada diantara mereka mempunyai rumah serta kereta yang mewah. Pelbagai cara digunakan untuk meraih simpati antaranya dengan membuat muka sedih, berpakaian compang-camping, dan membuat kecederaan palsu pada anggota badan.
Cara membuat luka palsu pula bukanlah sesuatu yang sukar. Modal yang diperlukan juga tidak seberapa. Dengan kos sekitar RM2 hingga RM5, luka yang dihasilkan begitu realistik dan sudah memadai untuk memperdaya orang ramai. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penghasilan luka palsu.
1. Sediakan bahan yang diperlukan iaitu dakwat merah, pencungkil gigi, putik kapas, berus, dan juga gam.
2. Buat kecederaan dengan menggunakan gam.
3. Tunggu sehingga ianya kering.
4. Rapikan gam dengan menggunakan pencungkil gigi supaya ianya lebih kuat.
5. Ratakan kesan gam yang masih menggumpal dengan menggunakan berus.
6. Samarkan kawasan kecederaan bahagian luar dengan sedikit dakwat merah.
7. Sapukan sedikit dakwat merah menggunakan putik kapas di sekitar luka supaya nampak lebih realistik.
8. Cungkil luka pada bahagian dalam dengan menggunakan pencungkil gigi bagi mendapatkan kesan kulit seperti terkoyak.
9. Sapukan dakwat merah di seluruh bahagian luka.
10. Tunggu sehingga ianya kering.
11. Akhirnya siap. Luka yang dihasilkan ini sudah mampu menipu orang ramai.
0 comments:
Post a Comment