TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.
Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.
![]() |
DUA buruh bekerja di lokasi pembinaan bangunan kediaman di tepi bukit yang mengandungi sebuah kubur (dalam bulatan) di Taiyuan semalam. |
Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.
Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.
Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.
Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment