Friday, December 21, 2012

Peserta AS raih gelaran Miss Universe 2012

LAS VEGAS: Peserta Amerika Syarikat, Olivia Culpo dimahkotakan sebagai Miss Universe 2012 malam tadi, menewaskan jelitawan dari seluruh dunia untuk meraih gelaran yang menjadi rebutan jutaan gadis.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta Filipina, Janine Tugonon. Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola, memahkotakan Olivia, 20, yang jelas sangat teruja untuk menggantikannya.

Olivia Culpo
OLIVIA (tengah) tersenyum lebar dipeluk oleh Miss Teen USA 2012, Logan West (kanan) selepas diumumkan sebagai Miss Universe 2012 dalam pertandingan di Las Vegas, malam tadi.
Ia adalah kemenangan pertama wanita Amerika sejak 1997 apabila gelaran itu dimenangi Brook Lee.

Peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Tempat keempat dirangkul peserta Australia, Renae Ayris dan kelima dimenangi peserta Brazil, Gabriela Markus.

Gelaran Miss Congeniality diberikan kepada peserta Guatemala, Laura Godoy.

Pertandingan yang bertujuan memilih wanita paling cantik di dunia itu diadakan di Las Vegas tahun ini dan menyaksikan 89 peserta bertanding dalam tiga kategori iaitu pakaian renang, gaun malam dan sesi soal jawab.

Pertandingan itu ialah edisi ke-61. Ia diadakan di Sao Paolo, Brazi tahun lalu dan pertandingan berkenaan dianjurkan bersama oleh rangkaian televisyen NBC serta mogul hartanah Amerika, Donald Trump. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...