2020531

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, January 31, 2013

Gambar Hollywood sebelum industri perfileman

Holllywood sememangnya terkenal sebagai tempat kelahiran bintang-bintang popular. Malah filem yang menelan belanja jutaan dolar juga turut dihasilkan disini. Sebelum industri perfileman mula bertapak di Hollywood, ianya bukanlah suatu tempat yang boleh dibanggakan. Dahulunya Hollywood hanyalah mengeluarkan hasil pertanian seperti oren, strawberi, dan juga nenas. Kini segalanya telah berubah. Berikut merupakan gambar-gambar sebelum industri perfileman...

Rumah untuk dijual

Jika dilihat pada iklan yang dipaparkan pada internet ini, pasti ramai yang ingin memiliki rumah tersebut. apatah lagi dengan senibinanya yang menarik dan juga kolam renangnya yang sangat luas. Sudah pastilah ianya menjadi rumah idaman untuk didiami oleh seisi keluarga. Namun apa yang diiklankan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar. ...

Sukarnya menggunakan mesin ATM di China

Sebuah mesin ATM yang terletak di Xi'an, Shaanxi, China, ini hanya boleh digunakan dengan cara mencangkung. Ianya disebabkan terdapat tembok yang terbina sehingga menghadang pengguna ATM tersebut untuk berdiri. Tidak pasti sama ada mesin ATM atau tembok ini yang dibangunkan terlebih dahulu. Namun perkara ini amat menyusahkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berbadan besar. ...

Kafe Barbie dibuka di Taipei

TAIPEI, Taiwan - Sebuah kafe yang menampilkan tema patung permainan Barbie dibuka di sini semalam. Syarikat pembuat patung Mattel dari Amerika Syarikat memberi lesen kepada kumpulan Sinlaku untuk membuka restoran itu. Restoran tersebut menyediakan kerusi dan meja yang berwarna merah jambu. Para pelayan wanita turut memakai pakaian seragam yang sama. Kek-kek patung itu turut disediakan untuk para pengunjung. Patung-patung...

Ibu benarkan anak buang air besar di atas lantai

Seorang ibu dari tanah besar China menarik perhatian ramai setelah gambarnya yang membenarkan anaknya membuang air besar di lantai lapangan terbang Taiwan tersebar, sedangkan jaraknya hanyalah sekitar kurang dari 25 meter dari tandas yang telah disediakan. Gambar yang disiarkan oleh NowNews ini diambil oleh seorang pemandu pelancong dari Taiwan. Ianya menunjukkan seorang ibu meletakkan beberapa helaian kertas di atas lantai bagi memudahkan...

Aksi lagak ngeri tanpa jaring keselamatan

SARASOTA, Florida - Seorang pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nick Wallenda berjalan di atas kabel setinggi 60.96 meter di sini kelmarin. Pihak Suruhanjaya Bandar Sarasota membenarkan Wallenda membuat aksi itu tanpa jaring keselamatan diletakkan di bawah kabel tersebut. Dia yang berusia 34 tahun itu berjalan di atas kabel sejauh 152.4 meter. Ribuan orang menyaksikan aksi Wallenda itu. Wallenda berjalan di atas kabel itu selama...

Wednesday, January 30, 2013

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi. Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi...

Pandu Bumper Car di jalan raya

Kereta Langgar ataupun lebih dikenali sebagai Bumper Car merupakan antara permainan paling popular di taman tema. Jika dinamakan sebagai kereta, sudah pastilah ianya sebuah kenderaan. Adakah menjadi kesalahan untuk memandunya di jalan raya? Kejadian ini berlaku di Taizhou, wilayah Zhejiang, China. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang memutuskan untuk mengambil langkah mudah dan murah dengan memandu dua Kereta Langgar di jalan besar...

Bintang realiti bawa pulang cebisan tengkorak sendiri

London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam. Lee Charie, 32, terjatuh dari balkoni ketika bercuti di Pulau Koh Tao menyebabkan kepalanya terhantuk kuat. Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan...

Wanita ketagih bulu kucing

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu. “Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah...

Video: Perompak menangis dipukul mangsa

Satu insiden rompakan bersenjata yang mengejutkan telah berlaku di sebuah sebuah stesen minyak yang terletak di Oldenburg, Jerman. Namun insiden tersebut berakhir dengan saat dramatik dimana perompak tersebut menangis teresak-esak dan merayu agar dilepaskan. Dalam rakaman CCTV, pekerja di stesen minyak tersebut sempat menekan suis kecemasan bagi meminta pertolongan. Kemudiannya dia berlari ke bilik berdekatan dan mengambil kayu pemukul baseball....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...