Tuesday, January 22, 2013

Pelumba basikal menang dapat babi

Seorang pelumba British yang memenangi perlumbaan di Sepanyol terkejut apabila bukan sahaja memenangi trofi malah turut diberikan seekor babi hidup sebagai hadiah bagi tempat pertama. Chris Bartlett, dari Ipswich, bersaing dalam perlumbaan di Huercal Overa, sebagai sebahagian daripada jadual latihan musim sejuknya.

Pelumba basikal menang dapat babi

Pelumba profesional yang bertanding untuk pasukan Metaltek itu tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan sehinggalah dia ke pentas pemenang. Bartlett berkata, "Tiada perlumbaan yang dianjurkan untuk saya mengekalkan tahap kecergasan sehinggalah saya terlihat iklan perlumbaan ini lalu saya terus mendaftar untuk memasukinya." 

"Saya tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan untuk pemenang dan secara rasmi saya diberikan seekor babi. Saya bertanya apakah yang hendak saya lakukan dengan babi ini? Lalu mereka menyuruh saya memakannya"

Pelumba basikal menang dapat babi

Babi tersebut dikhususkan untuk menjadi sajian makan malam sempena Krismas untuk pemenang. Namun Bartlett memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan membiarkan ia terus hidup.

Pelumba basikal menang dapat babi

Bartlett dipujuk oleh  Ollie Watts, pemilik kem latihannya untuk menjaga babi tersebut yang kini diberi nama Lucky Rapha, sebagai maskot mereka. "Lucky adalah kebanggaan besar dimana atlet di kem ini akan menyentuhnya setiap pagi untuk mendapatkan tuah. Babi ini memang sangat bertuah dan kami gembira untuk menyelamatkannya dari disembelih"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...