Tuesday, January 22, 2013

Video: Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Detik cemas apabila seorang wanita yang pengsan telah terjatuh di atas landasan kereta api di Sepanyol, namun mujurlah dia sempat diselamatkan oleh seorang anggota polis yang tidak bertugas.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Pihak polis telah mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan keberanian seorang anggotanya yang melompat ke atas landasan kereta api lalu bergegas menyelamatkan wanita tersebut beberapa saat sebelum ketibaan tren.

Wanita berusia 52 tahun yang tidak dinamakan tersebut rebah ketika menunggu tren Madrid Metro di stesen bandar Marques de Vadilla pada petang Isnin lalu. Melihat keadaan tersebut, beberapa penumpang lain cuba membantu dan ada yang tergesa-gesa berlari meminta bantuan.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Akhirnya, seorang anggota polis berusia 39 tahun yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri telah terjun ke landasan. Keadaan bertambah panik apabila sebuah tren telah muncul dari terowong berdekatan mereka. Beberapa penumpang lain yang berada disitu cuba memberi isyarat kepada pemandu tren untuk berhenti.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Dengan segera anggota polis tersebut mengheret mangsa ke platform seberang dan mereka berdua dibantu untuk meninggalkan landasan tersebut. Doktor yang berada di stesen tersebut segera memberi rawatan kepada mangsa sebelum ketibaan paramedik. Metro de Madrid merupakan laluan kereta api bawah tanah ke-6 terpanjang didunia dan memberikan perkhidmatan kepada hampir 650 juta penumpang setahun.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...