Wednesday, February 20, 2013

Cermin berhantu dilelong dalam eBay

Sebuah cermin antik yang menakutkan dilelong baru-baru ini dengan harga U$D155 melalui laman sesawang eBay. Dikhabarkan cermin antik tersebut berhantu dan mengundang pelbagai masalah.

Cermin berhantu dilelong dalam eBay

Joseph Birch, 20, dan Sotiris Charalambous, 43, mendakwa mereka memperolehi cermin berhantu tersebut dari tempat pembuangan sampah setelah ianya dibuang oleh tuan tanah berdekatan rumah mereka kira-kira lima bulan lalu.

Cermin berhantu dilelong dalam eBay

Semenjak itu, mereka sering dibebani nasib malang seperti masalah kewangan dan juga penyakit misteri. Pelbagai perkara aneh yang berlaku antaranya mereka mendapat cakaran yang datangnya entah dari mana serta kelibat bayangan misteri dibias dari cermin tersebut.

Cermin berhantu dilelong dalam eBay

Akhirnya mereka memutuskan untuk melelong cermin tersebut melalui eBay supaya nasib malang tersebut tidak terus menghantui mereka. Mereka berterus-terang mengenai kejadian paranormal yang pernah dilalui kepada pembeli.

Setelah disenaraikan di dalam eBay, cermin tersebut hanya mendapat satu bidaan dari seorang pembida dengan harga asal yang ditawarkan. Nama pembeli tersebut pula dirahsiakan.

1 comment:

  1. takutnya..ada jugak orang nak beli cermin cam nie..klu cermin hikmah nak jugak beli..huhuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...