Tuesday, February 5, 2013

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Sebuah taman hiburan bernilai hampir RM100 juta akan dibangunkan di Abbottabad, Pakistan, dimana ianya merupakan tempat Osama bin Laden telah terkorban

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Namun pihak berkenaan menafikan bahawa mereka mengambil kesempatan ke atas kematian bekas pemimpin Al-Qaeda tersebut. Pembangunan ini dikatakan bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan.

"Untuk fasa pertama, 50 ekar tanah akan digunakan bagi mewujudkan sebuah taman hiburan dan kemudiannya akan ditambah ke 500 ekar," kata Syed Aqil Shah, menteri pelancongan dan kesukanan di kawasan itu.

"Ianya akan menempatkan taman warisan, zoo hidupan liar, dan pelbagai perkara menarik."

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Kerja-kerja pembinaan taman hiburan tersebut akan dilaksanakan beberapa bulan sahaja lagi dan dijangkakan bakal siap dalam tempoh lapan tahun.

Osama bin Laden telah terkorban pada 2 Mei 2011 selepas serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Amerika atas arahan Presiden  Barack Obama.

2 comments:

  1. Informasi yaang sangat meanrik dan menambah pengetahuan
    terima kasih sudah berbagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...