Sunday, February 17, 2013

Video Ngeri: gadis dilanggar dan dihimpit pemandu wanita

Berdasarkan info, kereta ini dipandu oleh seorang wanita dan berlaku di China. Entah bagaimana silapnya, seorang pejalan kaki yang melalui di hadapan kenderaan tersebut terus dilanggar dan dihimpit di antara kereta lain. Apa yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta tersebut serta rakannya hanyalah menjerit dan terus-menerus menjerit.

Video ngeri gadis dilanggar dan dihimpit pemandu wanita

Pada awalnya, pemandu kenderaan di hadapan tidak perasan apa sebenarnya yang berlaku dan hanya merasa seperti dilanggar dari belakang. Setelah cuba untuk keluar dari kenderaan, barulah dia tahu bahawa seorang gadis dihimpit antara kenderaannya dan kenderaan belakang.

Ketika kejadian, gadis malang tersebut sedang berpayung kerana hari hujan. Dari apa yang dilihat, keadaan gadis tersebut sangat serius. Kemungkinan besar dia telah meninggal dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...