Thursday, February 21, 2013

Video: Rakaman hantu di Pusat Komuniti

Video ini menunjukkan kelibat seorang lelaki tiba-tiba muncil di luar pintu masuk South Ruislip Community Association and Community Centre pada 1 Februari lalu. Ianya merakamkan kehadiran kelibat misteri berjalan menerusi pagar besi sebelum dilihat hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Peristiwa misteri ini disaksikan sendiri oleh penjaga pusat tersebut dimana dia telah keluar untuk menyiasat apakah yang telah berlaku.

Rakaman hantu di Pusat Komuniti

"Saya sedang duduk di dalam dewan dan perasan kelibat misteri muncul melalui CCTV. Saya melihat melalui skrin dan sangkakan apa yang dilihat adalah manusia namun saya kurang pasti lalu saya keluar untuk periksa sendiri. Ketika diluar, tiada sesiapa yang berada di situ. Mungkin seseorang telah berjalan laju dari sekitar bangunan untuk menuju ke taman jadi saya masuk semula."

"Selepas memuat turun rakaman CCTV tersebut, saya terkejut dengan apa yang dirakamkan pada sistem. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya."


Sejak dibangunkan oleh jawatankuasa tempatan pada tahun 1945, pusat ini dilaporkan pernah dijadikan penjara kem tahanan perang untuk tentera Itali ketika Perang Dunia Ke-2. Hantu-hantu yang muncul di sini sering dikaitkan dengan era sekitar 1940-an tersebut.

Bekas pengerusi di situ mengatakan dia percaya bangunan tersebut berhantu dan sering mengucapkan salam kepada semangat-semangat yang berada di situ sebelum memasuki bangunan dalam usaha menjadikan mereka lebih mesra.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...