Steve Redhead, 51, keluar memancing bersama rakannya dan berharap dapat menaikkan beberapa ekor ikan kap. Malangnya dia terpancing dirinya sendiri.
Steve menghayunkan batang jorannya beberapa kali sebelum ladung yang pemberat diletakkan pada mata kailnya berada setinggi 50 kaki di udara lalu menghentam mukanya.
Steve merebahkan lututnya dan hanya sangkakan objek tersebut sekadar mencederakannya. Sehinggalah dia diberitahu oleh rakan memancingnya, Matt Barnes bahawa terdapat mata kail yang tersangkut pada pipi kanannya.
Ambulans terpaksa dipanggil dan Steve, dari Weymouth, Dorset, terpaksa dikejarkan ke hospital dengan pemberat 50 gram yang perlu dibuang. Mujurlah pemberat tersebut tidak mematahkan tulang atau rahang Steve.
Steve amat beruntung kerana masih hidup. Dia memberitahu bahawa kejadian sebegini mungkin boleh meragut nyawanya sama ada mengenai mata, leher, atau masuk ke dalam mulutnya sendiri.
0 comments:
Post a Comment