Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 14, 2012

Maut cuba elak disamun

KAHERAH: Seorang pelajar Malaysia, Abdul Hafiz Mohd Norok, maut selepas terjun daripada sebuah van dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika cuba disamun seorang lelaki warga tempatan dalam kenderaan sewaktu mahu pulang ke rumahnya di Shoubra, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) itu, mangsa yang juga pelajar tahun tiga Maahad Qiraat Shoubra, bakal menamatkan pengajian tahun ini, bersama seorang rakannya menaiki sebuah van untuk pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis perpisahan di Ahud.

Difahamkan, turut berada dalam van beberapa lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat sama.


Ketika berada di dalam van, seorang lelaki warga tempatan tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau sebelum meletakkannya di leher mangsa. Mangsa yang tersentak dengan perbuatan lelaki itu yang cuba mengancam nyawanya sempat melawan sebelum bertindak nekad terjun daripada van yang sedang bergerak laju dalam usaha menyelamatkan diri.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala hingga tidak sedarkan diri.

sumber- HMetro

Selatan China diserang piranha

Kes ini bermula di sebuah bandar di selatan China apabila  mereka memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.


Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai. Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.



“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.

Penduduk diminta buru Piranha

Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.

“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.

“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.

“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.

Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.

“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.

Kebimbangan tidak berpanjangan

Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.

Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.

sumber- Informasi

Bayi Dipanggang Dan Dibakar Dengan Kejam

Sadis Bayi Dipanggang Dan Dibakar

Zaman Jahiliyah dahulu,orang Arab bunuh anak perempuan hidup-hidup bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti.jadi,demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.

Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini,tanpa buang anak tidak kira lelaki perempuan tanpa belas,rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram.inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.

Si kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat.adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka?kembalilah kepada ajaran Islam,jauhilah budaya cinta tanpa batas agama,jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.



Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam.

sumber- Informasi.my, edisikini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...